Saturday, July 12

Facebook stalker

Sebenarnya, aku dah lupa aku ada blog. 


Secara tak sengaja aku jumpa balik blog aku bila aku tengah stalk junior. Then aku stalk balik profile aku untuk memastikan diorang tak nampak menda pelik. Then aku ternampak link blog aku kahkahkah. 

Aku punya jahat, aku stalk junior dengan method kemain advance, then aku gelak kuat-kuat. Zaman sekarang zaman dah pandai control macho. Jadi kau kena tengok zaman diorang innocent dan baru nak up kekekeke. 


1. Bukak page junior kau. Tengok wall dia. Dari situ kau akan nampak dia private atau tak. Atau pun dia memang tak aware orang stalk dia dan tak control langsung info kat wall kahkah. 

2. Next step, bahagian details. Selalunya kat situ akan ada info lengkap pasal sekolah, adik beradik, upbringing etc. Dan selalu jugak bahagian itu nama sekolah menengah dia akan missing. Well zaman sekolah menengah kan taboo. Hiks. 

3. Then, bukak gambar. Ni paling best. Untuk gambar baru dia, kau skimmed through je gambar baru-baru dia. Yang ni selalu gambar macho/ayu. Then kau bukak gambar dia yang paling baru, tekan kat sebelah kiri. Jengggg. You got his oldest picture in the profile. Masa ni memang akan terburai gelak. Kemudian teruskan tekan sebelah kiri hahahaha lebih banyak gambar amusing akan muncul. 

4. Last point adalah refleksi. Kau bukak balik profile kau, tengok bahagian View as. Sila pastikan profile kau tidak menjadi bahan gelak junior kau pulak lols. 

No comments: