Saturday, September 7

Male Favouritism

Penyakit ni ada pada wanita dewasa.
At least dalam observation aku lah.


Dulu ada ustazah kat sekolah ni. Dia ni memang famous gila lah.
Apa-apa soalan yang dia tanya, student lelaki ja yang dia suruh jawab.
Tapi sebab satu kelas tu student perempuan memang tak hingin nak jawab pun dan tak ambil port ustazah ni nak tanya apa, jadi perkara ini lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

Sekarang ni between member pun aku dah mula observe menda yang sama.
Sad really.
Paling senang tengok dalam Facebook.
Dalam thread komen.

You'll see, ada certain orang, dalam komen yang sama, bila perempuan komen, dia akan either ignore, like tapi tak reply, atau jawab sepatah dua. Bila lelaki komen, wuuu dalam masa setengah minit dah siap komen 4 5 baris.



Maka aku pun mula berhipotesis. Kehkeh.

Maybe, maybe, sebab lelaki ni pandai converse. Komen depa semua repliable. Komen perempuan sometimes akan menimbulkan awkward response, yang hang taktau nak reply macam mana. So hang like ja lah.



Atau, atau, perempuan ni memang berminat perkara yang bukan perempuan. Contoh, anime, dan manga. Berapa kerat saja perempuan yang lain yang akan faham kejadah apa yang anda cuba sampaikan. Dalam kepala hotak aku pun, antara ramai-ramai member, yang tau menda gini, Aimi-chan, Amar, dan Anneh. Itu pun anneh dah lama tinggal. So ini applicable untuk hypotesis pertama. Contoh;

Status : wth Sasuke kau tetiba datang mau jadi Hokage. Ahhh aku bingung!

Respond L1 : Tetiba sekampung mau jadi Hokage jugak kan.
Respond P2 : Sasuke comel gillew!
Respond P3 : woi spoiler! plis restrain. aku ada exam. esok baru nak baca.

Kalau perempuan komen jugak menda yang dia tak faham, ini menimbulkan awkward atmosphere sekali lagi, seperti P2. Hang nak jawab apa? Jadi kita ignore.
Kot.



Dan hypotesis-hypotesis di atas mungkin apply juga di real world. Ustazah tadi, kalau perempuan yang bagi jawapan pada soalan-soalan dia, mungkin tak sehip jawapan student lelaki. Jadi untuk menjadikan kelas beliau lebih lively, dia bertanya kepada lelaki.
Kot.


How to solve le probleme?

Girls please don't take your girlfriends for granted. Mungkin depa selalu ada di sekeliling, atau nanti hampa akan kahwin dengan lelaki bukan dengan perempuan, atau kalau nak tumpang pi mana-mana member perempuan selalu unavailable sebab takut bawak kereta.

But still kalau hampa bergaduh dengan jantan, hampa datang cari member perempuan juga kan? Weewooweewoo.

No comments: