Saturday, May 18

Mamat Dua Ekor dalam Bas

Tadi exam. Lepas habis paper pergi chill kejap kat surau, lepas tu balik. 

On the way balik, bas macam kosong. Cuma ada beberapa kerat manusia dalam bas. Dalam beberapa kerat ada dua ekor mamat tengah sembang kuat-kuat sambil pakai earphone kat belakang. 
Kenapa ekor? Baik akan diterangkan. 

Sekali tu bas lalu satu kedai ni, nama dia Bargain Booze Jalan Hala. Dari jauh nampak sepasang atuk nenek tua berlari anak sikit-sikit nak kejar bas yang tengah datang ni. 

Tapi sebab masa tu jalan crammed kot, pakcik bas tak nampak nenek tengah lambai-lambai nak tahan bas. Maka pakcik bas jalan straight saja, tak berhenti di stop. 

Nampak muka nenek sedikit terkilan. 


Tetiba satu bas bising bunyi gelak berdekah-dekah. 
"Did you see her face? She looks terrible!"

Mamat dua ekor tengah gelak. 

Dalam hati aku "apa yang cibai sangat dua ekor ni?"
Aku toleh belakang, kasi muka jijik. 
Dua ekor mamat belakang nampak aku toleh. Sorang berhenti gelak. Senyap. Sekor lagi buat-buat konon cool. 

"Ohhh she was like 'noo the bus gone come backkkk'" sambil mengilai lagi sekor dia. 



I have a thousand sentences to describe the ape, but i probably should refrain myself.