Tuesday, March 12

Mama

Kalau anda selalu baca blog saya, anda mungkin tahu yang saya ni anak abah. My abah is my hero, my Ironman, my yondaime Minato Kamikaze.


Baik kali ni mailah saya menulis pasal mama.


Mama saya memang garang gila. Serius.
Dan seperti mak-mak lain, beliau juga selalu sangat berleter. Kami adik beradik dulu panggil mama kami mama Nobita. Selepas Shin Chan meletup lekat pula mama Shin Chan dengan beliau.

Anda pernah dengar macam mana mak-mak di Penang ni berletiaq?
Suara harus nyaring, cakap kena kuat-kuat.

Jiran sebelah, kalau suruh dia list apa benda merepek kami buat masa kecik-kecik dulu, memang tak habih tanah lah nak list. Banyak sangat. Semua dia tau. Kekeke.


Dan beliau ni brutal orangnya. Pernah sekali kami adik-beradik bising gila. (Ok pembetulan bukan sekali ja bising)
Mama datang ketuk kepala saya guna senduk.
Selepas itu beliau dengan rileknye masuk balik ke dapur sambung masak kari beliau.
Yes guna senduk yang buat ketuk kepala saya ittew.

Masuk sekolah menengah, saya berusaha untuk dapat jugak duduk asrama. Tak tahan kononnya.
Pulun nak masuk sekolah jauh-jauh, sebab tak mau balik rumah.
Haa tara tu.

Bila masuk sekolah pun, saya jarang telefon rumah.
Sebab kalau telefon, konfem kena marah.
Saya pun tak pasti sebabnya.
Jadi dari sekolah saya hanya akan telefon rumah sebulan sekali.
Selalunya sekali telefon dengan public phone tu, habis sepuluh sen. Atau dua.
Kawan-kawan panggil saya hati besi.
Nasib baik saya tidak memakai gigi besi juga pada ketika itu.



Bila sudah duduk obesi ni, saya masih telefon rumah sebulan sekali. Sekali telefon pun mama macam bosan mau cakap lulz.
Kami memang jarang bersembang. Kalau saya pergi berjalan pusing Europe pun mama hanya akan tahu selepas gambar di Facebook keluar.
Yang dia tahu saya pernah pergi, Perancis, Bosnia. Oh dan Australia. Haha.

Pasal marka lagilah tidak.
Sebab saya tak pernah cerita pasal marka, dia teka-teka yang saya tak pernah ada calon.
Lol memang betul pun kahkah.
Jadi kadang-kadang beliau risau. Takut anaknya tak kahwin-kahwin.



Sebab merajuk kononnya, saya tak balik Malaysia dua tahun. Tapi nak merasa homesick itu amatlah jarang. Saya juga tak pasti mengapa.



Saya baru pulang tahun lepas.


Mama sudah tidak garang. Tak lagi berleter. Saya cerita pun beliau dengar saja.
Siap saya suruh carikan orang, tapi disuruh cari sendiri. Pencapaian ni. Dulu nak start conversation dengan mak sendiri pun karang ayat dalam kepala, fikir 2 3 kali, nervous gila. Sekarang siap boleh cakap soal calon. Fuhhhhh. Anda tak tahu betapa gembiranya saya.

Bila saya balik tahun lepas juga, baru saya nampak. Kenapa mama berleter. Kenapa mama garang-garang dulu. Kenapa kami asyik kena marah.

Dan saya yang selama ini gatal sangat nak kahwin, baru berfikir kembali, mampu nak jadi macam mama sendiri?
Dulu saya ingat kahwin ini, ada agama cukup. Ada duit jalan.
Tapi bila saya tengok belakang mama, saya rasa saya ni tak mungkin jadi sehebat beliau.

Kalau ikut saintifiknya, rate beliau berleter dan rate kerja beliau tak proprotional pun. Banyak sangat kerja beliau, jaga kami 4 beradik.
4 orang buat sepah, seorang nak kena kutip semua benda. Memang sangat penat.


Beliau pernah cakap dengan saya. "Masa kakak takdak kat rumah dulu, kalau mama rindu, mama cium baju kakak," sambil tunjuk baju favourite saya. Baju tu, baju raya saya masa darjah 5. Saya pakai sampai sekarang sebab muat (hewhew). Baju itu lengan warna biru, tengah warna merah. Ya warna dia pelik. Tapi awas jangan mengata baju itu depan saya. Saya pernah memaki kakak Tingkatan 5 semasa saya di Tingkatan 1 sebab dia mengata baju itu nampak miskin.

Masa saya dengar, saya buat muka cool.
Tapi bila di sini saya teringat itu, saya akan sedih.
Patutlah bila baju itu mahu dibawa beliau menghalang.



Pertama kali saya melangkah pergi, saya nangis laju-laju. Pakcik kastam juga naik panik. Di dalam kapal terbang juga tiada berani tegur. Sebab saya dah nampak macam panda. Mungkin campuran mata bengkak dengan buat kapal terbang jadi macam rumah sendiri dengan bahagianya landing.

Pertama kali juga, saya telefon rumah setiap minggu. Sebab kalau tiada panggilan dalam seminggu, kata abah mama akan bercerekarama.



Mama, happy mother's day. I have never replied this before, but I do love you too. Sooooo very much. =')

4 comments:

Nor Izzati said...

Awwwhhh.
;p

Hikaru Yui said...

shuwiitnyew

insan comel plus kiuteee said...

aku terdengar suara mak ang bila aku baca ni.. hehehe.. tapi, gua bukan mak lu nak tunggu dekat jejantas yang ang tunjuk ritu masa dekat airport... takut lu sedih!!! sob3... XD hehehe

Dai said...

kekeke weh kak lang aku jugak yang sedih kan? hahaha