Tuesday, January 1

Mak yang random

Kadang-kadang mak aku memang random habis. Baru je sembang pasal topik ni, belum habis cerita dia dah tukar topik lain. 


Contoh. Rumah aku banyak tikus. Jadi tetiap malam kitorang pasang perangkap tikus. 
Ada lah 2 3 malam dalam 2 minggu perangkap akan mengena. Tikus akan terkurung. 


Suatu hari bila perangkap tikus berpenghuni. Mak aku pergi kerja. Jadi dia tinggal memo. 
Adik aku bangun, pergi dapur. Nampak memo beliau. 


"Tikus ada kat dapur.

Kalau nak buat nasi goreng perencah ada dalam almari".


Adik aku yang baru bangun + blur + baca memo mak = mak cakap kalau nak buat nasi goreng tikus ada perencah dalam almari. 


Nasib baik adik aku hanya blur, bukan bengap. 

1 comment:

Nekmo said...
This comment has been removed by the author.