Thursday, January 3

Azam

Aku ingat aku ada tulis azam kejadah semua tu dalam blog ini tahun lepas. Bila proses mengorek telah dilaksanakan, rupanya aku malas tak tulis apa pun kahkah. Azam tahun lepas tak ingat, bila cari tak jumpa, hatta tak taulah dah tertunai belum.

Baik tahun ini kesalahan ini akan berusaha untuk diperbaiki. Aku akan menulis azam aku di blog (hang ingat ada orang kisah kahkah)



Azam 1 - Dapat decent degree oi

Penting banget ini. Final year dah ni. Dah la tahun ni exam based essay ja semua adoilaa. Nevertheless, I will strive towards excellence and never look back (maksudnya study lepaih tu dapat pi lah apa menda pun janji 2:1 ke atas lepas tu takyah ingat dah hahahaha).


Azam 2 - Kumpul duit berkepok

Ya saya memang mata duitan haha.
Dak dak. Tahun ni kegiatan berjalan aku (kegiatan yang lagha bagi sesetengah pendapat) telah berkurangan. Ini kerana lepas bulan June ini aku bakal miskin sebab dah takdak sponsorship money. Jadi aku kena fikir duit mau bawak balik untuk kegunaan di masa aku jobless nanti.

Tapi yang suweynya bila tak berjalan gila shopping pulak dah.
The action canceled out each other. In the end I am still buckless.


Azam 3 - Kasi terer fotografi

Begini le. Bercadang nak bukak bisnes kan. Tapi aku malas membeli segala equipment yang sengal dan mahal.
In the end aku bukak untuk member-member jelah. Kasi murah kan. Kekeke.


Azam 4 - Calon

Ah benda biasa. Dari dulu nye tak setel-setel lagi.
Nahh you see sebenarnya calonnye ada. Tapi tak tau nak habaq macam mana.
Orang cakap 'takpa aih perigi cari timba suka habaq ja' oh no no please don't give that bs to me. That only applied to cun ladies lol. Kalau muka macam aku ni cakap kat muka kawan tu confirm dia lari. Kahkah.
I know. Been there, done that. kehkehkeh.



Nota kaki - aku rasa ada lah suku azam ni yang akan terbengkalai lagi kahkah.

No comments: