Sunday, November 11

Kasut kulit babi

Ada seseorang yang aku kenal. Dia baru balik dari pekan.

Katanya dah ter'terai' kasut yang diragui adalah kulit babi.
Jadi aku menerangkan bahawa kulit babi tidak semestinya tiga titik, ada juga tiga titik yang sintetik.
Namun beliau masih meragui.


Kemudian katanya mahu menyamak kaki beliau sendiri.
Aku kata tak payah, engkau bukannya pijak babi.
Dia kata perlu, sebab katanya seluar beliau basah.
Aku ingat anjing saja ada isu dengan basah-kering ni.
Katanya bahaya kalau tak samak.


Bila aku naik atas, ada orang dalam shower.
Beliau yang terbabit tengah gigih menyamak kaki beliau dengan sabun taharah.
Nasib baik ada kewujudan sabun tersebut. Kalau tak aku syak beliau keluar korek tanah di halaman rumah, bawak masuk.



Aku gelak.
Lantaklah kau. Orang cakap kau takmau terima.
Mungkin sebab aku jarang pergi usrah kot. Kuikui.


Kepada kau, kalau kau terbaca, sudah-sudahlah perangai kau tu.
Orang sekeliling kau dah geleng-geleng kepala dengan fe'el kau.
Kahkah.



Sekian sarcasm hari ini.

3 comments:

Hikaru Yui said...

penyakit waswas tu.. kena ikat dia kat tiang.. pastu 4 orang duduk tiap2 penjuru baca surah an-nas kat dia. legalah nanti =p

Dai said...

lol yakin ka teknik tu? kalau yakin nak buat mai.

Hikaru Yui said...

jangan.. satgi org kata itu bid'ah..heheh