Thursday, November 15

Israel di Barcelona

Ini pengalaman sendiri. Aku tak tau signifiant atau tak.


12th June 2012.

Hari terakhir di Barcelona.
Sebab malas bawa beg, kami tinggal di hostel. Kakak hostel suruh letak dalam bilik stor, dia kunci.
Lepas letak beg, kami jalan.


Camp Nou, Gaudi, semua dijelajahi.
Puas berjalan di Barcelona.

Pukul 5 petang, kami mula berkejar balik ke hostel mahu ambil beg.
Tiba masa pulang ke United Kingdom.


Kakak kaunter dah tiada, diganti dengan mamat.
Kacak juga.
Kami cakap kami mahu ambil beg.
Mamat kaunter cakap ok, lalu pergi ambil kunci.
Peh tak mesra langsung.


Lama lepas tu mamat datang balik.
Bawa kunci.
Kami ikut mamat hostel pergi bilik stor.
Tunggu dia buka pintu. Punyalah lama. Kunci macam rosak.


Mata aku melilau tengok bilik sebelah stor. TV dia besar betul.

Bila aku tengok mamat hostel, aku terkejut besar.
Baju mamat hostel. "Israel Defence Force".
Entah apa perasaan aku, aku pun tak pandai describe.
Aku tunjuk oppa. Dia pun senyap, tak cakap.


Sebab kamera di tangan, aku cuba ambik gambar.
Tapi kamera buat onar, fokus punya lama, tak tangkap pun.
Dah la flash.
Mamat hostel perasan kot. Dia dapat jugak bukak pintu stor tu.
Aku masuk stor ambil beg. Oppa tunggu luar. Takut mamat hostel kunci pintu dari luar kot lol.

Lepas ambil beg, kami cakap thank you.
Jalan lekas-lekas keluar hostel.

Jejak saja tanah di luar, perasaan tense hilang.
Terus boleh cakap balik.


Setiap kali aku dengar pasal Israel, aku teringat mamat hostel.
Bukanlah takut. Tapi honestly aku tak suka masa aku berada satu bangunan dengan dia.

Bila malam-malam aku ada juga terfikir, mamat ni, siapa dia pernah tembak?