Thursday, May 31

Taufik dan Hidayah

Masa aku sekolah rendah dulu, budak-budak kelas aku suka gosip. Ya budak-budak cinonet darjah 1 darjah 2 ni pun pandai gosip.

Antara jenis gosip yang paling popular, gosip nama.
Ada je budak satu kelas yang namanya 'bergandingan', haruslah digosipkan.
Contoh, Hafiz dan Hafizah. Syafiq dan Syafiqah. Amir dan Amirah.


Bila dengar perkara penting ini, aku jadi gundah.
Mana ada aku pernah dengar nama lelaki HIDAY kan.
(Oh nama betul aku Hidayah tau, Dai-kyu tu nama vogue I jewww)

Nota kaki 1.0. Apparently dari apa yang budak-budak ni cakap, inilah nama kekasih sejati kau. Ni pengaruh drama TV la ni. Kekasih sejati my ears. Pui pui.



Dalam kelas PI pulak, ustazah selalu sebut 'Allah selalu bagi taufik dan hidayah'.
Aku tanya ustazah, kenapa taufik dan hidayah? Bukan taufik dan taufikah ke, hiday dan hidayah?


Sori tak ingat jawapan dia. Hahaha.



Tapi yang aku ingat bila dengar jawapan tu, hidungku mula kembang kempis. Nampaknya kekasih sejatiku sudah ditemui, yaitu encik Taufik.

Jadi sejak dari itu aku menunggu seorang Taufik datang ke sekolah itu.

*****

Sebab lama sangat menunggu, encik Taufiq menjadi basi dalam hatiku.
Maka apabila aku naik sekolah menengah, aku tiada lagi encik Taufiq. Hanya ada encik Syazwan.
Kahkah. Malu sungguh.

Oh itu dulu.
Encik Syazwan sekarang sangat berjaya di Canada ya.

Baik abaikan encik Syazwan.



Aku baru mula terjumpa encik Taufik sejak baru-baru ini.
Melalui gambar di dalam sebuah blog (blog petsis aku jaa ahahaha =P)




Encik Taufiq rupanya sentiasa saja ada di sisi.
Memimpin tangan mengharungi hidup.

Cewah klise.


Ok aku malas dah nak sambung bunga-bunga lagi. Boleh kasi muntah.

Aku je kann yang tak pernah terfikir sangat pasal encik Taufik.
Dari permulaan lagi, encik Taufik memang dah berada dekat.
Cuma aku yang tak sedar, mencari benda yang sebenarnya dah ada depan mata.

Again, nasib baik aku cari jugak. Kalau aku terus hanyut lupa teruih encik Taufik macam mana?
Adakah encik Taufik juga akan melupakan aku?
Adakah ada lagi cinta kami - (stoppppppppppp aku sendiri pun dah nak muntah. ini dah tajuk lain dah ni)



Kenapa taufik bersama hidayah?
Ok honestly aku tak tahu jawapan yang paling betul. Tapi bila melihat maksudnya, taufik - success dan hidayah - guidance.
Logiknya yang aku tafsirkan, semoga diberi kejayaan ke atas kamu, dan kejayaan itu mampu membimbing kamu ke arah yang benar, kepada Tuhanmu.
Tak gitu?
=)



Nota kaki 2.0. Bloopers - Aku tak berapa gemar orang guna taufiq wannajjah. Pertama, sebab dia cuba menarik encik Taufik dari aku (lol). Kedua, kesiannyeeew dapat double success jew. Tapi success ittew berhenti di situ sajew. Takde progres. Takde manfaat. Hewhew.








4 comments:

Hikaru Yui said...

ehem siapakah syazwan tersebut?

btw kan ada ja taufik kat skolah kita...madtau tu.. glemer lagi..hahah

نور عزتي said...

"Jadi sejak dari itu aku menunggu seorang Taufik datang ke sekolah itu."
LOLZ amat! haha, gelak sakan aku d pgi Jumaat..

"semoga diberi kejayaan ke atas kamu, dan kejayaan itu mampu membimbing kamu ke arah yang benar, kepada Tuhanmu", hurmm, penerangan yg menarik! =)

me like this. ^_^

Anonymous said...

Yui - syazwan crush lama. Lol.

Adoyai madtau jugeee. Kahkah.


Zetot - hehe terima kasih. Walaupun aku rasa penjelasan aku tak cukup tanah pun.

Jap, tak cukup tanah tu orang guna dengan perkataan lari kan? -_-

ukhti_mujahadah said...

Seronoknya membaca tulisan kak Dai. RAsa macam baca fikiran sendiri time duk guling2 atas katil :P
haha~rasa nak kembali tulis blog yang dah macam sarang tikus tu..ades~