Saturday, May 12

Geneticist dan Cikgu Awesome

Sejak heboh tahun lepas hari ibu adalah haram, rakyat-rakyat Facebook sudah meninggalkan tradisi mengucapkan kata-kata sayang kepada ibu masing-masing di wall.
Lulz sungguh.


Baik beralih kepada perkara lebih menarik untuk difikirkan.


Oh post ini maaf jika kurang menarik. Disebabkan aku dah habis periksa, nafsu nak menulis dah hilang dan ayat-ayat juga menjadi tidak power langsung.


Masa kecik-kecik orang tua-tua selalu tanya, cita-cita nak jadi apa?

Aku rasa jawapan paling win yang pernah aku dengar adalah jawapan adik aku.
Dia cakap nak jadi pekerja kilang awan.


Cikgu pernah tanya masa aku darjah 2. Semua orang kena bangun berdiri, jawab biar satu kelas dengar.
Masa tu kawan-kawan punya cita-cita aku rasa semuanya hebat belake. Nak jadi sultan lah, nak jadi hakim, nak jadi pelakon Hindustan.
Jadi sebab taknak kalah, aku pun dengan megahnya jawab,
"Saya nak dapat Nobel Prize."
Menganga cikgu aku.

Sampai sekarang kalau aku jumpa cikgu tu dia still tanya, Nobel Prize dah dapat belum? Lol.



Bila dah naik besar sikit, maka jawapan nak dapat Nobel Prize sememangnya tak boleh diguna pakai lagi. Maka aku pun rajinlah men-google potensi kerja yang ada di pasaran.
(Memang semua benda aku Google. Sebab tu banyak pengetahuan pelik-pelik aku ada hahahaha).

Lepas pening kepala antara lawyer, pilot dan biotechnologist, aku settle ke biotechnologist.

Ada satu lagi aku berkenan. Aeronautical studies. Siap target pergi Moscow, dan siap dah belajar baca Cyrillic. Ya rabbi gelak kot semua orang bila aku bagi tahu hal ni.


Masa dapat result SPM, keputusan ngam ngam nak apply bidang Biology. Masa tu aku dah macam 'pehhh, hebat sungguh Allah ni' aku tak tahu lah nak describe macam mana. Memang jalan yang lurus terus tak payah nak pening-pening istikharah bagai. Sebijik tu je yang lepas requirement aku.

Tapi yang tak tahan aku pergi apply jugak jadi pilot TUDM.
Sah tak dapat. Haha. Saja-saja buat tak nampak syarat kelayakan lelaki sahaja.
Kahkah. Cuba kalau diorang nak pekena aku, accept jugak.
Jenuhh.



Oh dan aku tak dapat biasiswa Biotechnologist. Dapat biasiswa Biology. No hal, close enough. =)


Umur sekarang, orang dah tak tanya dah cita-cita nak jadi apa.

Pernah sekali, sponsor aku datang kolej. Dia suruh isi borang. Borang saja-saja nak berkenalan sepanjang program kan.
Dalam borang ada tanya pasal cita-cita.
Entah kenapa entah aku excited. Dalam borang tu aku tulis, nak jadi Biotechnologist.
Member aku lagi best, tulis nak jadi pilot.

Dan memanglah kami kena sound. Katanya kenapa tulis cita-cita pelik, orang lain tulis semua nak jadi cikgu.
Masa tu jugak aku terasa nak rebel.
Kalau cita-cita aku bukan cikgu, perlu ke aku tulis jadi cikgu?
Dan salah ke nak jadi menda lain?
At least aku tak tipu kann. Member aku yang lain mostly kelentong nak ambik hati saja hahahaha.
Tapi aku simpan. Takut kena tarik biasiswa. Kahkah.


Bukan tak bersyukur. Kalau tahap aku yang Allah bagi setinggi nikmat berbondong-bondong ni tak reti-reti lagi nak bersyukur tah la nak describe sebagai apa.
Cuma aku rasa I can do better things kalau aku buat benda yang lebih 'tinggi' (konon, lol).
Hahahaha tuuudia jangan tak tau aku punya self-confidence. Kadang-kadang tu melangit tak hingat hahaha.

Aku mengambil masa 3 tahun untuk sedar yang Allah knows best, inilah jalan terbaik (dah tahu lama tapi sebab kepala hotak malas nak fikir jadi punyalah lembab baru dapat benda simple).
Dan kalau aku jadi cikgu pun aku boleh buat great things kan?


Baru-baru ni terbaca entry blog dari cikgu aku (cikgu-cikgu aku takkan pernah menjadi 'bekas' okeh hahaha. Ilmu yang mereka ajar masih aku guna, apa yang bekasnya lol), tertusuk dalam hati.
Setinggi-tinggi confidence aku, aku tak pernah yakin aku boleh jadi macam cikgu-cikgu yang aku respect.



Nota kaki 1.0 - kalau cikgu ada baca, saya ucap terima kasih, dan minta maaf banyak-banyak untuk masa dulu. I was stupid, and I don't understand those great things that you did. Klise, maaf haha. Minta maaf juga untuk perangai saya yang buat cikgu meluat kan. Again, at that time, I was stupid.
Saya takkan pernah berani punyalah cakap macam ni dengan cikgu depan-depan. Tak ada keberanian.




Now. Cita-cita?
1. Geneticist (lol up sikit. Genetics is aweeeesomeee, dan sudah bergelar Geneticist sejak minggu ini. Alhamdulillah cita-cita tercapai haha).
2. Cikgu osem, macam cikgu-cikgu aku. =)
3. Postgraduate studies in Marxism-Leninism and Juche Idea (yang ni please jangan tanya menatang hapa nanti jenuh aku nak taip lol).



Nota kaki 2.0 - mak aku tak tahu pun blog tu apa, lol, jadi ucapan hari ibu aku save untuk perbualan telefon. Haha.
Again, this is high level society sarcasm. =P

5 comments:

.::annemishi::. said...

perghhh.. post grad studies marxism-leninism, stalinism taknak? :p

aku ni pun amik ja achi, cita2 aku jauh menyimpang.langsung taknak jadi arkitek.
aku nak jadi traveller, freelancer, charity volunteer, jadi cikgu yg ngajar kat kawasan ulu pedalaman, graphic designer. kahkah.

last2, aku still bound dengan contract. -_-"

Hikaru Yui said...

kak dayah..jgn jadi cikgu.. sebab xlama lagi hari guru pun bakal diharamkan.. =p=p=p

*terbaca satanism kat komen atas..kahkah*

نور عزتي said...

hang nak kena suntik semangat Geneticist hang tu kat aku , kalau tak naya aku beberapa minggu kat lab nnt .. lol..

anyway, malas2 pun ayat hang tetap power.. thumbs up beb!

=)

Dai said...

anneh - aku macam teringin nak kerja reception dekat youth hostel around the world, ataupun jadi charity worker untuk UN. kahkah tapi yup, contract.

haha stalinism is one level up. aku ingin fokus dekat china/north korea communism rather than USSR communism. =)


hikaru - kahkah nice.


tot - hirup semangat dari kawan tu sikit. haha

ukhti_mujahadah said...

Ya Rabb.. haha.. ok fine.. dah berkenan dengan tulisan kakak.. (boleh tak nak komen macam ni)
^_^ (habislah karang dekat semua entri kakak ni ceq komen :P )