Tuesday, May 8

Eksyen.

Seperti biasa, mood aku untuk menulis akan sampai bila malam aku ada periksa, dan tengah pulun nak habiskan study.
Masa tu macam-macam idea ada kan.
Dan masa tu jugaklah nak try resepi baru, nak tengok iklan Thailand di Youtube, nak baca Travelog.
Konklusi - penyakit.


Sesetengah orang panggil benda yang bakal aku bincangkan di bawah sebagai over-confidence.
Dan sesetengah akan anggap ini 'berlagak nak mampuih'.

Tapi bagi aku ini semua hanyalah 'hish awat tah aku bangang sangat?'


Kadang-kadang perangai aku yang selalu aku menyesal bila fikir balik, aku suka sangat brag pasal benda.
Riak sungguh. Dan terjadi secara tak sedar.
Bila terfikir balik aku mula rasa macam nak tonyoh mulut sendiri.
Berapa kali aku istighfar dan rasa nak nangis bila dengar talk atau ayat Quran yang sebut pasal 'janganlah aku riak, sesungguhnya ia termasuk dalam sifat munafik'.

Risau juga ada yang memendam rasa. Tambah aku juga jenis cakap lepas.
Kalau aku tak control dan dalam keadaan tak stabil, mesti ada yang akan kena.
Ada sesetengah orang akan cakap benda yang aku bagi tahu itu betul.
Tapi lepas itu aku akan 'aduhhhh benda apa aku cakap tadi hish hish TT'.


Sebab itu, aku sangat respek orang yang boleh menyampaikan sesuatu tanpa riak, dan bercakap tanpa menyakitkan hati orang lain.
Aku suka dengan apa yang mereka sampaikan, dan aku cuba baiki diri.
Dari dulu aku cuba. Kadangkala jadi, kadangkala automatik aku akan cakap lepas juga.

Contoh, Hilal Asyraf dan, Mud Luthfi.
Adoi segan mengaku di sini.
Mereka, antara orang yang menyampaikan tanpa perlu memerli, menghina atau menyindir.
Dan mencarut-carut.
Sesetengah orang, aku hilang respek. Sebab menegur sambil mengguris perasaan orang lain.
Dan orang seperti ini yang aku pesan kepada diri aku, jangan jadi mereka.


Kehkeh sori jugak untuk kali ini serius gila entry. Tiada haha.
Blog aku memang ada diberi 50% allocation untuk menulis sampah. Hewhew. =P


Nota kaki - Eksyen, bahasa ibunda aku. Diambil dari bahasa inggeris, 'action'. Namun bukan bermaksud aksi. Maksudnya, berlagak.
Contoh ayat - Uiii hang sejak balik obersi eksyen nooooo.

Kehkeh.

7 comments:

Hikaru Yui said...

tajam menikam betul part tulis mengguris hati tu... ahaha

baru2 ni taw rupa2nya ada org ambik port ingatkan xdak sapa kesah blog tu..

Dai said...

kahkah apa hang merepek ni solihin?

Hikaru Yui said...

eh ayat xsampai maksud ea?

xla mcm kak dayah kata tu la.. yg tulis mengguris perasaan tu.. i mean my blog.ingatkan xda sapa nak kesah..rupanya ada jugak yg kisah.

ka masih samar2? =p=p=p

Dai said...

cait. terasa pulak dia haha.

Hikaru Yui said...

hahaaa i don't mean you la.. my blog..ada jugak yg kisah... it's about someone..

ka kak dayah pun kesah? hehehee

Dai said...

kahkah i dont mind. kalau benar apa yang disampaikan, mengapa perlu dimarah? =)

~sikerangrebus~ said...

totally agree...saya pun mcm ni...lepas dah jmpa kengkwn, sometimes akan ada yg tegur apsal ckp camtu and at that momment sure akan rasa terjelupuk ke lantai kerana tak sangka ada yg terasa which i tak perasan langsung akan mengguris anybody..

tak perasan langsung ayat tu ayat sentap tanpa niat nak melaser sesapa, juz general comment on something. member terasa, so, terasa diri sangat bodoh and memang nak tampar mulut sendiri sbb ckp camtu.

berdoa jela mohon dipelihara dr terus menyakiti tanpa disedari. tapi somehow, still kena sedar yg kita takkan dapat nak buat semua org suka kita kan...

tapi yg pasti, ia memberi kesedaran kpd kt untuk lebih berhati2.. :) lama2 nanti akan nampak hikmahnya Allah jadikan kita macam ni....