Sunday, April 29

Kamera

Mari hilangkan perasaan nak mempunyai abang bernama Harry Potter.



Dulu parents aku ada kamera Nikon klasik yang ada flash besau gabak dan pakai filem tu. Jadi masa aku zaman kanak-kanak jangan harap kitorang adik beradik boleh suka-suka pegang dan tangkap gambar. Still, gambar kanak-kanak tu ada. Walaupun semua gambar berdiri tegak dengan baju masuk dalam seluar. Lulz sungguh.

Zaman sekolah rendah ada member kelas bawak kamera digital pergi kelas, tangkap gambar ramai-ramai. Masa tu sapa bawak kamera digital fuuu, legend woh. Tapi gambar aku entah tak pernah nampak pun kan. Anak orang kaya ada la kamera, walaupun parents punya je pun lol.
Nota kaki awal - Anak orang kaya budak sekolah aku terdiri dari anak polis dan cikgu. Sekolah aku kampung derrr bapak lain semua kerja kilang atau buat bendang macam papa I lol.


Zaman aku sekolah menengah di sebuah sekolah orang kaya, pernah cikgu Geografi aku suruh buat buku skrap. Kena tangkap gambar lagi. Aku tanya cikgu pakai gambaq internet buleh dak? Cikgu kata tak boleh, pi tangkap sendiri. Aku serius pening, mana budak tingkatan 1 ada kamera sendiri kann. Aku cakap cikgu. Dia balas balik kata aku bagi alasan.

Rupanya almost semua budak kelas aku ada kamera sendiri. Lol. Miskin betul.

Jadi aku terpaksa bekerja keras fikir strategi nak pinjam kamera dari mak. Walaupun keyakinan cuma ada 30 peratus, aku mintak jugak.
Mak bagi. Walaupun kena tadah telinga dan selepas kena soal siasat 3 4 hari.


Selepas tangkap gambar, mak mintak tunjuk hasil. Aku tunjuk gambar pokok semua yang aku ambik. Jenuh tadah telinga lagi. Lol. Mana taknya pakai filem kot. Dah la mahal. Aku tak kasi tau mak yang tu cikgu yang bersungguh suruh buat. Takut mak aku rage dekat cikgu tu, jenuh.

Itu sejarah gambar pertama aku ambik. Gambar pokok pulak tu. Haha.

Selepas aku guna, kamera tu rosak. Mak tuduh aku bagi rosak. Lol. Wallahualam. Mungkin ye mungkin tak.



Then aku pindah sekolah yang budak-budak kayalah jugak, tapi sempoi. Aku suka betul sekolah ni.

Dekat sini ramai ada kamera, rilek ja bagi aku yang jakun ni pinjam. Lol. Lepas tengok aku bersungguh sangat ambik gambar walaupun entah apa-apa, cikgu kasi aku kamera sekolah. Suruh ambil gambar event sekolah.
Seronok habis aku. Sepanjang tahun tu aku rasa asyik pegang kamera tu. Dah la ambik gambar dalam kelas kan. Lol. Mengkhianati amanah betul.
Dari masa ni aku dah start suka ambil gambar.


Sekali peristiwa masa tingkatan 5. Cikgu mintak balik kamera. Katanya nak guna kejap. Aku serba salah, sebab bateri tak cas. Jadi aku bagi kamera saja, bateri aku simpan.
Esoknya seorang cikgu lain datang kelas masa Matematik (kot), rage habis. Dia panggil aku pergi pintu, marah-marah. Semua orang dengar. Dia kata aku nak buat harta sendiri kamera tu, nak curi. Loiloi.
Mentang aku hodoh dan tak ada muka baik hati macam beliau kan, mesti la possibility budak jahat tu ada, ye tak? Kahkah.
Budak perempuan pernah kena tuduh nak curi harta sekolah. SBP pulak tu. Kau hado? Lol.

Selepas tu aku kasi balik kamera dekat cikgu, suruh orang lain pulak jaga.


Pernah aku pinjam kamera dari cikgu Mandarin aku (lol walaupun aku tak belajar pun Mandarin), Cikgu Teh Chee Hui. Nama penuh siap hehe. Kali ni aku cakap siap-siap aku pinjam untuk apa semua. Cikgu Teh rilekkk ja. Respek weh. Dah la kenal aku betul-betul pun tak kan.
Jauh nak menuduh mencuri lol.



Itulah ceritanya. Masa aku kolej aku dah beli kamera sendiri. Sony DSC930 yang legend gila woi. Kalau dia boleh tukar-tukar lens sumpah dah tahap DSLR. Aku guna lama jugaklah, 3 tahun. Tak pernah menghampakan. Haha.

Selepas tu aku ganti Nikon P100. And then Nikon D3000. Semua kamera murah lol sebab aku miskin haha. Tak tak. Sebab aku banyak berjalan. =P



Panjang sungguh kan. Sorilah stress, haruslah aku nak merepek lebih sedikit. Semoga datang sedikit gembira malam ini loiloi. =)

5 comments:

Hfz A. said...

sejak bila pakai DSLR duh.
aku pakai camera ipod ja.
sedih ya rabbi.

نور عزتي said...

banyaknya lol..
lol..
dah, p sambung study..

=p

Hikaru Yui said...

xpnah taw plak kak dayah jadi jurugambar skolah...

cikgu manalah tu ea?

Anonymous said...

Mochi - DSLR aku mana boleh buat gambar HD macam ipod. Hahaha.


Zetot - baik....


Yui - tulah kalau masa dalam dewan bagi orang lain yang tangkap kan sebab malu nak mencapap pegi depan. Haha.
Cikgu hensem. Hahaha

Dai said...

Mochi - DSLR mana boleh tangkap gamabr HD macam kamera iPod. Haha.


Zetot - baik. lol.


Solihin - Itula, masa event kasi budak laki yang tangkap sebab malu nak pergi mencapap kan. haha.
Cikgu hensem. =)