Monday, April 23

Kahwin: Dari Pandangan Mama

Sekarang kalau tengok Facebook aku pun macam dah teringin sangat nak kahwin kann.

Haha biasalah sindrom. Umur dah lanjut (uhuk uhuk rasa tua -_-) tambahan ramai pula kawan-kawan tengah berusaha nak buat masjid. Kematangan fikiran (cewah) pun macam menjurus ke arah nak lah jugak kannn berumah tangga.
By the way buat masjid di atas merujuk kepada berumah tangga ye in case tak paham. =)


Mungkin ada mak-mak yang dah pesan kat anak-anak sila kahwin umur (specific). Jadi disebabkan mama I tak pernah cakap kannn bila umur wajib kahwin maka aku pun bertanyalah dengan selamba.
"Kalau nak kahwin sekarang boleh ke?"

Jenuh gelabah mama aku. Dah la tak balik 2 tahun, pakai cincin, ada gambar pegang baby pulak kann. Macam-macam oo bermain di minda mama. Jawapan dia rasanya macam jawapan lazim, alaa, macam tunggu habis belajar dulu kena prepare semua semua. Tak ingat sangat pun aku, aku tanya suka-suka saja haha. Mana nak tahu mama aku ambik serius kann.

Gambar kontreversiku sobsob. Oh ni hawwin <3



Lepas sekali lagi telefon dah ada info terbaru. Abah aku dapat tahu dia marah gila (lol! my typical abah thinking I am still his little baby) dan, dan, siap buat family meeting. Dan tok telah berpesan kepada semua yang hadir (termasuk cousins yang dah berpakwe/makwe) bahawa tiada siapa boleh kahwin selagi tak habis belajar.
Jenuh meletup cousinsku semuanya.

Well again aku terkejut. Memang dah serius ni, aku start gelabah. Sapa suruh initiate kan haha.

Tapi actually aku memang tengah mencari. Wahahaha aduii memang pengakuan terbuka ni. Again aku tak rasa salah buat pengakuan macam ni kan? Mana tahu jodohku terjumpa dengan entry ini haha.

Takut juga wohhh. You know I have been rejected majorly (tak kira minorly lagi adoii -.-") for four times already. 4 you know. Sampai satu masa aku develop perasaan taknak ambik tahu dah semua ni, dan hatiku telah tertutup untuk urusan-urusan sebegini. Dululah.
Sekarang dah okay, but fear of rejection is still there loi. =.='

Tapi yo I am not thinking of marrying now. Kena habis belajar dulu macam tok cakap (tapi ehem ehem kalau dah ditakdir kahwin sekarang why not? lol) sebab nak kena stabil dulu. Stabiliti yang dimaksudkan termasuk duit, perangai dan yeah, perangai. Haha. Bak kata abah biar betul aku ni, macam ni ke nak kahwinnya haha.

At least kalau dah jumpa sekarang, save me the time nak cari bila dah grad, sebab masa tu aku rasa mostly the decent guys dah ada yang punya. Dan senang sikit aku nak prepare kann contohnya kalau the guy suka makan laksa ke apa ke boleh aku belajar awal-awal. Practice banyak-banyak sikit, kasi terer. Haha.
(Oh please don't judge my preparation based on this paragraph alone I was just trying to make it interesting FGS =P)


Back to mama. Mama dah start rasa aku sebenarnya dah berjumpa The Guy sebab itulah dia tanya. Dan keluarlah soalan dia dari mana, belajar kat mana, orang Melayu ke tak (apakah? -_-), mak ayah dia kerja apa etc. Waduhh. silap jugak aku masa mula-mula tanya mama, tertambah 'katakanlah ada orang dah tanya kannn'. Jadi dia dah expect oh bakal menantuku will be coming home with my daughter in Penang Airport this 19th July.

This mood appear after my oldest cousin was engaged a few days ago. Yeah larangan tok bahawa tak boleh kahwin sebelum habis belajar dah di'lift' untuk cucu laki. Only pompuan applied. Wahhhhh - -'

Then mama cakap menda yang menggemparkan.
"Tak bolehlah nak kahwin segera kot. Kenalah kenal dulu hati budi masing-masing, macam abang mi (engaged cousin) tu dah kenal lama, berkawan pun lama dah. Kalau tak kenal mama rasa tak senang la pulak. Takut tak masuk, susah."
Wait, what?
"Jadi mama nak suruh kawan dulu ke?"
"Yela. Takkan nak terus kahwin."


Oh ha ha. Idea mama lain kot dengan idea aku. Sebab aku macam prefer kahwin dengan orang yang aku tak kenal pun, asalkan ada iman. Lol. Idea student Mesir kata member.

Selepas berfikir secara intensif, mungkin betul juga saranan mama haha. Perlulah kenal dulu kan. Tapi kenal bukan bermaksud dating segala. Kenal perangai, akhlak, budi, latar belakang sikit-sikit dan paling penting iman. Tapi kena limitlah. Nanti kahwin bosan pula. Kata nak kahwin style student Mesir lol. Joking.
Paling penting update ke mama. Abah jangan. Haha. Nanti dia marah. =P

So then here I am, preparing. Bukan beli hantaran planning kahwin lol. Preparing untuk kahwin dan berumah tangga lain kan? Jadi tengah prepare menjadi insan yang boleh tolarate, kurangkan malas (especially masalah sleep apnea ni sobbbsss) pelbagaikan resepi dan lain-lain. Paling penting habiskan degree dengan cemerlang >.<


Concern jugak dengan mama yang actually nak hantaran yang agak mahal dan majlis kahwin grand. Sobsss. Pening macam mana nak meyakinkan idea aku yang nak satu je hantaran - kamera DSLR semi-pro, mas kahwin murah dan NO pelamin!




Nota kaki - Lol bila aku baca semua ni balik kenapalah bunyi dia sangat lain dari entry aku yang lain, dan sound sooo mature? -_-

9 comments:

Hikaru Yui said...

nak buat gak lah gambar camtu.. paai cincin pastu tangkap gambar dgn baby ea? cincin tu kasi nampak..hehe

selalu dok baca entry kawen ni lelaki..org perempuan punya byk tulis entry masa dah kawen tu.. so yeah this entry is different and cool =p

.::annemishi::. said...

teringat waktu aku balik malaysia lepas. mak aku tanya.

"dah ada kawan laki belum?"

"tak dak g," muka tak da perasaan ngadap tv.

terus rahang mak aku jatuh 3 saat. terkejut.
pastuh dia tenang balik, sambung cakap, "takpa belajaq bagi habis dulu,"

aku nak tergelak pon ada. :))

Dai said...

solihin - oh haha sebab lama tak balik kot, so mak asyik stalk gambar, dia concern tu =)

thanks. you're so kind =)


anneh - aku taktaw jugak nak reply macam mana hahahaaha =P

Muhammad Faris 'Azim said...

selamat pengantin baru, #tiba-tiba

Dai said...

faris - ui belum belum lama lagi lol

Hfz A. said...

amboi bukan main entri pasal kahwin.

topik panas sekarang di jiwa mudamudi.
nak petik kata orang la,
"bukan tunggu barakah baru nak kahwin,tapi kahwin sebab nak barakah"

ha ha ha

Dai said...

lol aku serius expect ko antara orang yang takkan komen punyalah. hahaha. siap quote, =P

Anonymous said...

sis..enjoy your "bujanghood' while it lasts..savour each step n moment..ada hikmah Allah nikmatkan kita dengan status yang pelbagai-student,employee,lover,fiancee', wife,mom etc.

Dai said...

(akak/abang) - saya bahasakan ini sebab nampak kematangan penulisan dari diri saya sendiri. =)

insyaallah, memang tengah bergembira (aduii gembira? menghayati kot =P) dengan masa bujang sekarang. biasalah bila belum merasa, semua yang nampak macam indah kan? maafkan diri yang agak tidak matang berfikir huhu. =) terima kasih nasihat itu, sangat berharga. =)