Monday, April 2

Hidup sedang agak serabut sekarang. Antara belajar, berhubung dengan orang lain, dan mencari jodoh.


Apabila kau dah memberi effort atas sesuatu yang kau laksanakan, dan diberitahu yang ianya tak memberi apa-apa perbezaan kepada orang lain, kau jadi emosi.

Baru diberitahu aku adalah anti-sosial. Dan keadaan itu tidak berubah walaupun beberapa bulan ini aku berusaha bersungguh-sungguh untuk bergaul dengan orang.
See, aku bukan orang yang jenis bergaul, melainkan dengan teman rapat.
Dan keadaan yang memaksa aku bergaul dengan orang lain bagi aku adalah sangat susah.


In the end aku masih orang yang dianggap mengasingkan diri dari masyarakat.

Letih sungguh.
Usaha sia-sia.
Ini klimaks yang aku rasa sudah sangat letih mahu mencuba.



Baik buat setakat ini aku akan berhenti bergaul dulu. Mungkin akan berusaha lagi selepas exam.

2 comments:

Hikaru Yui said...

kenapa masa kat sekolah dulu rasa macam kak dayah ramah ja..haaha

Dai said...

ramah dengan orang yang boleh masuk ja. yang tak boleh masuk macam mana? =_=