Tuesday, March 20

Quiet Period

Jadual periksa dah keluar, jadi haruslah aku menggigil. Sebab paper start awal, persiapan kena awal dari biasa.
Kata nak dapat 1st class.


Dulu aku pernah cerita yang ada orang persoal apa hal nak jadi cikgu pun pergi sampai overseas.
Lagi pulun mau dapat 1st class. Bukan ada effect gaji.
Lol.


Bagi yang masih heran dengan spesis macam aku, let me tell ya (T.O.P) - hahaha jokin.

Okeh macam ni.
Bagi aku ilmu tu bukan untuk kau buat kerja saja. Tapi macam mana kau tafsirkan ilmu yang kau dapat dengan apa kepercayaan kau.

Dan aku selalu wonder macam mana orang boleh study tinggi-tinggi, tapi still ignorant.

Aku selalu ternganga dalam kelas masa lecturer ajar. It's amazing! Benda yang diajar tu sangatlah complicated, dan kalau kau rasa kau yang belajar ni mengah-mengah nak faham, bayangkan 'engineer' dia.
Subhanallah.
Dan membawa kau berfikir.


True. Kalau aku belajar protein cascade kejadah semua bukan aku ada nak ajarkan budak-budak sekolah nanti.
Yang budak-budak akan tahu nanti, 'Cell send the signal to other cell'. Padahal 'send signal' tu saja ada satu buku tebai, letih gila.


Dan kalau kau pelajar Biology contohnya, tak perlu hanya limit kau punya pencarian ilmu kepada bidang yang kau pelajari saja.
Aku sendiri ada banyak side studies. Cuma aku malas membincangkan secara terbuka, ramai sangat yang 'kepala tau' di luar sana.
Contohnya, aku sekarang dalam frasa menyelami politik Korea Utara, budaya dan bahasa Jepun, dan European History. Oh dan mengulang kaji semula sejarah Tanah Arab.
No limitation, see? Tak ada siapa marah.

Tak boleh nak fikir macam mana aku nak kerja nanti. Ada orang cakap 'takpe kerja, ilmu di mana-mana'.
Tapi the fact is masa macam mana?
Aku sangat suka study. Dan bila orang tanya bila nak grad, aku rasa sedih sangat.

Ini terbalik pulak, aku rasa pelik kenapa orang seronok gila nak grad.
Sorry. Different opinion.


Some people might even said that I'm wasting my time and energy coming here.
And for those saying this with the purpose to make me feel down, sorry you're not succeeding.

Kalau ada rezeki lepas degree aku dapat 1st class (amin amin) dan dapat buat phD, aku definitely akan go for it.
Walaupun balik Malaysia aku still kena jadi cikgu. Malah aku prefer macam ni.



Sorrylah ada pemikiran macam ni. It's genetic, kan abah? =)

Oh and SPM people, bittaufiq wanajjah (Baru belajar guna, best pulak). Walau apa pun result korang, no worries, bila dah tua macam aku tarak sapa tanya dah. Lol.

3 comments:

Hikaru Yui said...

belajar best... grad pun best.. yg xbest exam..hehe

Anonymous said...

Kehkeh macam betoi jugak tu hihi -dai

Dai said...

macam tu pun boleh jugak. hehe =)