Thursday, March 1

Perkara-perkara yang dilakukan pelajar Biology di Lab University Oversea

(1) Melaksanakan elektroporesis. Paling penting. Semua urusan membuat gel, meload gel dan termangu menunggu sampel sampai ke hujung gel dilakukan berkali-kali, sampai muak gila dah. 


(2) Blur. Instruction sampai 5 6 muka surat selalunya. Dan tak dapat dibayangkan dengan logik akal segala prosedur. Walau dah baca 4 5 kali selagi tak masuk lab jangan harap kau boleh faham. 


(3) Tengok orang di seluruh lab, sebab bosan tunggu PCR machine. Ini common juga. Sambil itu ada orang mencari bakal suami mat saleh (kalau mahu).


(4) Mengait belon yang terbang. Fenomana yang jarang. Method - menggunakan dua batang penyapu lab, belon helium yang terbang ke bumbung lab dikait-kait supaya turun ke bumi semula.




(5) Berasa excited/bangga setelah results bertukar menjadi colour-colour. 


selepas
sebelum



(6) Menajamkan kreativiti dalam melabel test tube/eppendorf tube/colorimeter tube. Bosan kalau 30-40 tube asyik nak tulis benda sama.



(7) Mencatat maklumat dengan professional. Memerlukan skill untuk mencatat, dan membaca semula setelah 3 minggu lab itu ditinggalkan dan report perlu disiapkan.



(8) Mengasah bakat fotografi menggunakan telefon bimbit. Bosan habis.

(9) Membelah flora dan fauna.











Kami tiada menggunakan sebarang letupan, dan lab biology tidak ada adegan tuang-menuang dari kelalang kon ke dalam tiub uji. Itu dogeng. Gila volume 2 3 microliter tuang, tak keluar oiii. 


3 comments:

Hikaru Yui said...

kahkah yg kait belon dgn belah flora dan fauna tu plg xtahan..

best jugak noh... sama la kami pun xda meletup2 apa... tgk dalam tv cambest tp bahaya sbnarnya...huhu

kami xbuat lg electrophoresis dari taon lepas sampai la ni asyik spectrophotometer ja xhabih2

=p=p

Muhammad Faris 'Azim said...

untunglag belajaq over sea. :)

Dai said...

yui - o spectrometer. sama dengan colorimeter dak taw? -_-


Faris - untung? macam lebih kepada rezeki =)