Sunday, March 4

Mengenai Bacteria

Aku berkorban masa membuat buat essay semata-mata iniii~~~~~~~ (Tarak idea. Serius aku tarak idea nak tulis apa dalam 15 ratus perkataan essay tu. Pffft)



  • Mula dengan paling cliche. Dalam badan kau ada bacteria baik dan jahat, dan bacteria baik adalah 10 kali ganda dari jumlah cells kau sendiri. 

  • Kalau kau berak, 40% adalah bukan makanan kau. Tapi bacteria dari badan kau yang dilepas keluar sebab mati, sakit, tua dan lain-lain. 

  • Setiap orang ada jenis bacteria yang lain-lain. Ada sebanyak 400 jenis bacteria bagi setiap orang.  

  • Oh disebabkan bacteria yang unik wujud bagi setiap orang, ini membolehkan satu lagi karakter unik yang boleh menjadi medium untuk mengenal pasti identiti seseorang. Contoh yang lain finger print dan DNA finger print. Seorang mendiang professor dari University of Manchester pernah membuat kajian satu method yang dinamakan poo print, dimana seseorang individu dikesan melalui tahi yang dikeluarkan. Melalui tahi komposisi bacteria kau dapat dikenal pasti. 

  • Atas kulit kau juga mempunyai bacteria. Jadi jika kau berharap kulit kau akan kekal bebas bacteria selepas menggunakan product lotion atau apa-apa pun, sila pergi refund. 

  • Pergi keluar rumah, kumpul segenggam tanah. Di dalamnya mengandungi berbillion bacteria, mungkin lebih banyak dari manusia di bumi sekarang. 

  • Pernah dengar Botox? Menda alah ini menggunakan injection toxin bacteria botullini sebagai agent untuk menghalang otot muka dari mengcontract (serius aku tak dapat fikir bahasa melayu dia apa). Toxin ini adalah punca kepada penyakit sawan. Kalau tersilap inject boleh mati woooo.

  • Pernah dengar kan orang cakap kalau makan sayur badan tidak dapat mendigest daun-daun itu? Jangan expect semua daun hijau itu akan keluar balik, no no, sebab ada bacteria dalam badan yang boleh mendigest segala mak nenek daun itu. 

  • Antibiotik - memakannya juga membunuh sebahagian dari bacteria kau. Sebab itu ramai yang akan cirit-birit setelah makan antibiotik. Sebab ada benda yang mati beramai-ramai dan perut tidak dapat menerima benda yang kau makan.


  • Perut orang melayu lagi kebal dari perut mat saleh. Why you ask? Sebab mat saleh semua makanan bersih belaka. Jadi kurang bacteria yang boleh mendigest apa yang mereka makan. Susu takleh, kacang takleh, ni takleh nu takleh. Huihui bosan betul aku tengok. Orang melayu makan apa pun jaguh. Wahahaha.

  • Kalau kau letak berus gigi kau dalam tandas, sila aware dengan segala bacteria dalam tandas yang akan masuk dalam mulut kau. I mean yuck. 

  • Kalau kau jenis clean freak dan asyik sembur antibacteria keliling kau, selepas ini dengan bacteria kau akan menjadi freak. Sebab ada bacteria yang mungkin akan terselamat dari antibacteria kau, dan berevolusi menjadi mutant bacteria. Wahahaha.

  • Tapi jangan sampai menjadi pengotor. Kau google image perkataan yang aku bagi ini. Konfem teruja. - chlamydia. 


Dah nak dekat 10 malam. Harus sambung menaip essay. Bye!

4 comments:

.::annemishi::. said...

Hahah. Memanglah. Org melayu segala benda makan kooott. Sadis gila foodcourt org putih. Pathetic. Tak variasi makanan. T.T

Aku dah gugel natang chlamedia tuh. :|

Dai said...

Haha tula. Sama je kalau pergi mana-mana tempat. Rasa pun.


=)

Hikaru Yui said...

mesir punya lg hampeh dari malaysia... roti yg dy buat main letak atas apa saja...kdg2 jatuh atas jalan pun kutip bg lagi..

eh ada ke bakteria digest sayur? yg ni baru 1st tym dgr =p

Dai said...

yep. haha, bukan dia gigit lepaih tu ludah balik, dak dak. dia produce enzyme yang boleh digest plant cell wall material. so menda dalam cell wall boleh keluaq, dan boleh diserap dalam badan =)