Monday, March 5

Kim Gon Woo

Gon Woo berjalan pulang dari sekolah. Lesu. Kerja hari ini bertambah nampaknya.
Sekali lagi dia ditangkap. Dan sekali lagi dia dihukum menulis surat yang dia menyesal dengan tindakannya.
Lencana Pemimpin Terhormat tersemat di kiri. Wajah Kim Jong Ill tersenyum. Bukan saja pada lencana.

Potrait Pemimpin Terhormat sebesar alam tersergam di tepi taman berhias indah. Gon Woo tunduk hormat. Kelihatan 2 3 orang askar berpakaian seragam membawa senapang melihat ke arahnya.
Gon Woo cuak. Tunduk lebih dalam.
Baru semalam ada berita satu kelaurga jiran mereka ditangkap kerana bersekongkol dengan 'Boneka dari Selatan'.
Takut. Kalau dihantar ke utara untuk kem pendidikan semula, jenuh. Siapa tahu apa akan jadi.

Gon Woo mengetuk pintu rumah. Sayup dari ruang tengah terdengar bunyi dari radio.
Radio yang tidak pernah tertutup, dan tidak pernah diubah siarannya.
Jika ditutup atau diubah siaran, pasti akan dihukum mati.
Gon Woo pernah sekali mengubah siaran. Dapat siaran dari China. Siaran yang pelik. Ada lagu-lagu, namun bukan lagu-lagu yang memuja Pemimpin Terhormat atau prajurit yang tewas mempertahankan negara.

Kali ini nasi lagi kurang dari kelmarin. Nampaknya bekalan makanan kian berkurang. Kata omonim, ketua-ketua daerah perlu memberikan bekalan makanan kepada askar-askar, kerana Kapitalis Amerika sudah mula membuat rancangan menyerang kita.
Gon Woo ingin membantah, tetapi tidak berani. Takut jiran dengar. Takut askar di luar juga dengar.
Takut kalau kena tangkap. Satu kelaurga kena bunuh.

Baju sekolah Gon Woo buka. Lipat elok-elok.
Baju berharga. Hadiah dari Pemimpin Terhormat kepada anak muda pendokong negara.

Gon Woo bangga. Ya bangga.
Kerana negaranya negara paling kaya di dunia. Paling kuat.
Pemimpin Terhormat pula, manusia paling genius, yang memerintah negara dengan bijak.
Negara lain semuanya lebih miskin. Semua tabik kepada Pemimpin Terhormat.
Kasihan negara lain, kehilangan pemimpin hebat seperti Pemimpin Terhormat.

Sekurang-kurangnya itu perasaan Gon Woo 5 tahun dahulu.




Sekarang Gon Woo sudah lari, sebab tak tahan lapar masa waktu kebuluran.
Gon Woo sudah menjadi pengkhianat. Bersekongkol dengan Boneka dari Selatan.

Nasib baik Gon Woo lari.
Baru Gon Woo tahu. Semua itu bohong.

Sebelah bawah negara Gon Woo paling mengkagumkan.

Paling mengkagumkan Gon Woo, Wondergirls dan So Nyuh Shi Dae.

2 comments:

Hikaru Yui said...

kurangya ilmu pengetahuan dan malas nak cari info memaksaku utk tanya siapakah kim gon woo ini?

Dai said...

dari DPRK =)