Thursday, March 15

Cerita Bas Salih

Sini nama syarikat bas harian ialah Stagecoach. Dan bas ada yang dua tingkat, jadi ramai anak muda akan pilih naik atas sebab bawah nenek dan datuk yang akan duduk.


Cerita 1. Naik bas dulu tak semesti jalan dulu.
Ada sekali aku naik bas. Depan bus stop. Tapi bas tak jalan-jalan, agaknya tunggu masa belum sampai.
1 bas lalu. Semua pandang sinis. Cool.
1 lagi bas lalu. Semua tengah main fon.
1 lagi bas lalu lepas 10 minit. Semua orang tengok luar, tengok kawan sebelah dan usha-usha pakcik bas.
1 lagi bas lalu. Gelak. 20 30 saat selepas tu baru pakcik bas jalan.


Cerita 2. Kejar bas.
Sebab masa bas sangat tepat, jadi kau kena keluar rumah 2 3 minit sebelum bas datang. Dulu loser selalu keluar tibee nampak bas dah ciao dari bus stop.
Sekarang keluar rumah, bas tengah nak sampai dekat bus stop. Jadi bila sampai ke bus stop, bus juga sampai serentak. Win.

Kalau dari kelas menuju ke Bus Stop uni, yang itu aku akan jadi paling loser. Lari sampai maximum speed, lagi 2 3 saat nak langkah atas bas, pintu tutup, dan bas jalan.
Tunggu next bas lagi 10 minit, sambil terketar-ketar bila angin tiup. (3 degree kau tau. Mampu nak berdiri stabil?)


Cerita 3. Senyum bila nak naik bas.
Kalau pakcik bas dah nak tutup pintu bas dan kita baru termengah-mengah sampai depan pintu,and in this case the bus driver happened to noticed you, buat muka kesian dan comel. Paling penting senyum sambil muka tertulis 'please pakcik may I get into the bus?'
Insyaallah pakcik akan bukak pintu kasi kau masuk.


Cerita 4. Pengubat duka lara.
Jika ada satu masa kau rasa emo dan nak melayan perasaan, naiklah bas. Naik tingkat atas, duduk hujunggg sekali.
Bas akan bawak kau pergi tepi pantai. Turun, jalan-jalan.

Lepas kau rasa beku sebab angin tiup macam nak terbang sampai dah terlupa segala masalah sebab dok terketar-ketar sejuk, naik bas balik.
Sampai rumah.
Bukak blower heater, sambil minum hot cekelet.

Perasaan kau akan kembali pulih.


Cerita 5. Pakcik bas yang duka lara.
Ada sekali, aku naik bas nak pergi kelas.
Biasalah, kalau kelas pagi, jangan haraplah kau dapat naik bas yang ada tempat duduk kosong.
Bas tu macam sardin, tapi still ada space kosong untuk berdiri.
Aku masuk. Pakcik belakang aku kena tahan. Pakcik bas kata penuh.
Pakcik tu insist nak naik. Katanya bas ni still ada space.

Mula lah peristiwa marah-memarah. Lama jugalah.
In the end pakcik penumpang berundur, pakcik bas mengeluh, "Tuhan!"

Semua orang lewat masuk kelas pagi itu.


Cerita 6. Sorrryyy pakcik saya tak dengaqqqqq
Saya memohon maaf sangat sangat sangat kepada pakcik yang akan saya ceritakan di bawah.

Masa aku duduk hostel, memanglah jenuh jauh nak berjalan semata nak tunggu bas. Walaupun ada bus stop sebijik tepi block hostel, namun bas hanya sekali setiap 30 minit.
Maka disebabkan itu aku terperap dalam bilik, jadi katak.

Ada sekali aku keluar beli makanan mentah di Sainsbury (merangkap macam Jusco).
Bila balik, bas tu supposedly lalu di tepi block hostel aku. Tapi sebab aku noobies, aku turun. Takut bas tu patah balik pergi bandar.
Berbondong-bondong plastik aku. Yelah, bekalan 3 4 minggu.

Masa nak keluar, pakcik bas cakap something kat aku. Sebab aku noobies sangat, aku pun tak berapa dengar pakcik bas cakap apa, dan blah begitu ajo lepas cakap thank you.

Lepas 2 3 langkah baru aku sedar pakcik bas cakap apa.
"Do you want to stay inside? I can send you to your hostel."
Macam nak teriak dah aku masa tu. Rupanya aku selalu balik naik bas pakcik tu, dan dia tahu aku turun situ selalunya.
Sobsobsobsob.

Aku tak kisah bondong benda banyak-banyak balik. Tapi aku rasa guilty sebab aku buat bodoh dengan pakcik tu bila dia offer some bit of his kindness. Dan aku langsung tak ingat muka dia sebab aku takda talent tu. Dang.

Sorry pakcikkkk TT


Cerita 7. Pemandangan.
Aku kalau balik kelas mesti dah gelap. Sebab lab lambat. Demmm.
Tapi kalau berpeluang balik awal aku pasti duduk di tingkat atas bas.

Mula-mula akan nampak permandangan dalam uni. Sekarang ni rumput hijau, bunga kuning (Daffodyl) dah mula keluar. Dan pokok still batang saja tarak daun.

Keluar sikit kiri kanan semua padang ada bukit sikit-sikit. Ada kambing biri-biri tengah ragut-ragut rumput, sambil berjemur. Kuda kadang-kadang nampak. Kalau hari best langit biru. Kalau suram kelabu.

Masuk sikit kawasan rumah, nampak rumah-rumah umur 100 tahun lebih. Bata-bata semua bata lama.

Bas naik bukit sikit. Nampak laut hujung sana, dan ada pulau, Isle of Man. Kalau masa ni gunung-gunung pulau tu ada salji sikit-sikit.

Jalan lagi, lalu rumah-rumah. lalu sekolah, tengok budak-budak main, lalu pub, kosong.
Then sampai bus stop rumah.

Cakap thank you, turun.




Cerita di atas mungkin dull kau rasa, tapi entah, aku tak pernah bosan dengan semua di atas.
And I will definitely miss The Bus when I go back home in Malaysia. =)

6 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

sangat teringin nak belajar dekat sana. tapi, apakan daya. rezeki tak meyebelahi. :(

Dai said...

pengalaman lain lain kan? =)


kami pun selalu tertanya jugak kalau lecture tu semua melayu, macam mana eh? =)

Hikaru Yui said...

heheee nnti nak buat buat entry cmni gak lah =p

mayy shi said...

rase sgt teringin nk buat mcm num 4 tuh...layan babe..

mayy shi said...

anyway..x semua lecturer kat sini melayu,,,rmai oversea nyer....

Dai said...

mayy shi - kehkeh bukan lecturer, lecture. well things do happened. =)