Tuesday, March 13

Berjumpa satu lagi sebab mengapa takmaw jadi doktor

Selain dari sebab menjadi lemah seluruh anggota badan bila tengok darah dan belajar semata-mata dalam hidup. Woh daku tidak mampu~~~


Masa dapat result SPM, makku sangat gembira. Terus dia bagi option - nak jadi doktor ke, nurse ke, cikgu?
Peehhhhh tiga- tiga aku takmau. Rupanya beliau tidak mengetahui cita-citaku.
Aku cakap, nak jadi saintist. Kalau cakap nak jadi biotechnologist blur pulak. Kejadah biotech ni kan.
Mak aku gelak. Dia cakap saintist ni dalam filem jaa. Mana ada saintist betui pun.

Tibee aku sudah di sini, separuh cikgu dan separuh saintist. Tapi gua dengan bangganya mengatakan gua jua geologist dan geneticist berjaya. Kehkeh.

Berbalik kepada tajuk.
Baru-baru ini aku kena buat modul medical biology. Dengar macam cool.
Menyumpah jugaklah gua dengan module organisation dia.

Okeh ada satu part yang kena buat case study patient.
Dan aku asyik dapat kes pakcik-pakcik.

Masa aku tengok pakcik-pakcik ni dan how they describe their illness, aku jadi nak nangis pun ada. Pakcik-pakcik mat saleh for your info, dia tarak cakap sayuuu je takde.
Nada dia normal, cool aja tapi kau boleh nampak the pain in his eyes.
Malu owh nak nangis depan dia. Sebab dia yang sakit pun cool ajo.
Waduh. Terkedu sebentar aku.


Baru dengar dari 4 5 pakcik. Kalau jadi doktor betul tah la berapa banyak pakcik.

No comments: