Sunday, February 5

Travelling, for Dummies.

Asal for dummies? Kalau kata for morons inappropriate pulak.



Hari ini aku akan meranah pasal berkelana. Pehh. Disebabkan banyak tuduhan yang dilemparkan yang berbunyi seperti ‘ohoi, orang banyak berjalan, banyak duit lu’, maka aku terpikir untuk menjelaskan perkara ini.

Pertamanya, sebab dah travel, duit kontang la woi. Dush dush.


Okeh ini tips bagi noobies yang ingin mengetahui cara bertravel.




Pergi balik


Baik ini selalunya dilakukan melalui kenderaan udara (tertakluk kepada terma dan syarat, bagi kes ini, untuk benua Eropah, sebab kapal terbang lagi murah dari naik bas nokkkks).
Mula-mula tengok tarikh cuti. Ini penting. Sebab pernah ada member yang cakap dia nak ikut blabla tetiba last minute cakap dia tak cuti lagi. Nokkkks panas hati.

Then tengok tiket kapal terbang. Bukan susah pun. Google ja cheap flight tiket nak melambak keluar. Kalau setakat ada internet pun masih tak reti cari aku quote kata-kata Encik Sheldon Cooper, “I wept for humanity”.


Selalu tiket murah hari Selasa Rabu Khamis. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Ini step yang paling painful dan kena buat awal.

Kos – approx 50 pound.


Hostel.

Internet lagi oi. Reserve siap-siap. Yang murah 10-13 pound satu malam. Kalau dapat lagi murah lagi best.
Dan kalau ada member di negara tersebut boleh pi pau member. Dapat tempat tidur free. Alang-alang pau makanan sekali. Hehe.

Kalau selalunya journey dalam 7 hari, pastinya ada 2 malam akan spent di train station / dalam bus / airport / dalam train. Yang ni accommodation free. Tapi lenguh tengkuk.

Kos – approx 60 pound. Atau free.


Makan

Peh makanan usah dirisau. Boleh hidup punya, walaupun kau tak ada bekalan maggi sekalipun. Selalunya aku makan kebab halal yang pastinya ada jugak  walau negara mana pun kau pergi. Cuma kenalah cari. Bukan senang nak mengesan tanda sign ‘Halal’ kat kedai tu. Ianya ditulis dengan halus, teliti dan kecik cinonet. Makanya haruslah kau mengscan setiap kedai makan sambil berjalan-jalan.


Kalau dapat menu daging (Kebab), selalunya aku makan ¾ dari itu, dan selebihnya disimpan untuk breakfast. Jadi sehari sebijik kebab. Kalau tak ada kebab pun, aku masuk kedai cari Doritos. Sebungkus Doritos 1 pound untuk sehari punya meal. Air, beli sekali sahaja, yang hari lain refill. Kadang-kadang dalam sekali dua kau akan lapar sangat-sangat, jadi masuk kedai order nasik. Masyuk. Nasik kos selalunya 3-4 pound.


Tapi kalau ada member, sekali lagi, sila pau mereka. Hahaha. Bukan suruh belanja woi. Member pun miskin. Suruh masak ja la, sedap halal lagi berkhasiat.

Kos – approx 50 pound. Yang ni boleh lagi kalau nak masuk kos makan gula-gula kapas atau minum kopi tepi kedai-kedai exotic.


Souvenir

Jika travel, aku bukanlah makcik-makcik yang memborong untuk membeli barang kepada kaum keluarga. Barang family aku beli di UK ajo, lagi berprestij. Selalunya setiap tempat aku akan beli fridge magnet sebijik, yang warna – warni tu. Sebijik selalunya 3 pound setengah. Ada yang 2 pound. Depends tempat. Kalau kau jenis yang suka kumpul pinggan, maka belilah pinggan. Tetapi amaran : Pinggan suka pecah.

Kos – approx 15 pound.


Tempat masuk / Museum

Yahhh ini sesuatu yang agak mahal dan annoying. Ada negara yang ada student price. Ohoi heaven. Contohnya France. Masuk Louvre free. Eiffel tower dapat reduce half price. Museum semua ada student price.


Ada jugak yang spesis museum tu dah memang murah, jadi tiada student price. Bolehlah tahan kalau kena bayar 2 3 pound ajo. Contohnya Holland. Kadang-kadang macam UK, museum free. Ohoi sangat gembira aku masuk National Museum, dan Natural History Museum. Keluar masuk.


Kalau Turki dan Sepanyol, museum atau tempat berbayar sangat mahal dan kena ada spesifik kad yang mengatakan kau student. Sangat annoying, tapi sebab kalau kau tak masuk gila menyesal jadi masuklah jua. Tempat paling annoying dan mahal tapi kena masuk yang pernah aku pergi ialah Dolmabahce. Dah la nak ambil gambar pun tak boleh.


Tapi selalunya aku akan  mengelak pergi tempat yang kena bayar. Huaahuahaha. Tempat free sudah…

Kos – approx 60-70. Sangat subjektif.


Transport

Paling mahal transport pergi balik airport yang tak ada metro straight ke sana. Contohnya Airport London kecuali Heathrow dan Turki.


Jika ada bergerak dari city ke city, preferable nak bas atau train. Dalam 10 pound satu hala. Aku suka naik train, sebab tengok luar. Jadi kalau untuk bergerak intercity aku takkan naik flight. Annoying, sebab kena datang awal, beg kena kemas takleh ada dua beg, kena ambik transport ke airport kena beratur kena off phone blabla waduhhhh rimas. Naik bas lagi rilek. Kalau tertinggal bas pon less problem, tarak hal nak buat muka simpati mintak tolong kakak kaunter kasi nak bas next.


Dalam city, biasanya aku jalan kaki ajo. Gua biasa tawaf Amsterdam on foot kot. Paris tawaf half. Huaahaha. Masa di Moscow sebab ada member, aku guna dia punya travel card ajo. Free lagi di situ. Kalau kena naik pun, naik jugak trem atau metro dengan tidak rela, bayo jela 1.40 euro (Paris). Kalau ada country yang pakai travel card, cantik sudah di situ. Takdelah patah pinggang berjalan.

Kos – approx 100 pound. Sebab kena naik bas. Dan airport transfer.


Miscellanous

Visa, souvernir orang kirim, tiba-tiba kau minat T’shirt sehelai dua, nak naik belon udara panas dan sebagainya. Yang ni xleh approx. Kadang-kadang tak ada langsung.





There you go. Around 350 pound for seven days. Pernah je aku travel lagi murah. Paling murah, sehari di Helsinki. Tidur airport, makan makanan flight yang free, air refill, spend 3.50 euro beli fridge magnet. Oh dan sebab aku naik ferry pergi mana tah so kena 5 euro. There. Less than 10 euro.


Cuba kalau kau hentikan beli pinggan manguk dan periuk, beli baju murah, bershopping di carboot, makan ala kadar, pastinya banyak duit untuk travel. Kan?
Bukanlah aku cakap pinggan mangkuk tu tak penting. Penting penting, takkan nak makan atas daun pisang pun. Tapi bak kata bapak ‘nanti kawen orang bagi aih hadiah, buat apa beli’ ha kannn. Baju-baju branded, bak kata bapak lagi ‘kita ni miskin kalau pakai barang branded orang still kata ciplak’, waduh betui jugak. Tapi one or two no harm kan? Kalau asyik pakai yang branded nanti kalau dapat laki yang bukan engineer macam mana? Hehe.


Perasaan paling best bila kau baca / tonton tempat-tempat yang kau pernah pergi dalam TV atau buku. =)






P/s - ohhh ni mood nak tulis post. Selalunya aku malas nak bukak pun blog ni. Sekali bukak qada 2 terus untuk sehari. =)

5 comments:

Hikaru Yui said...

sejak bila pandai ber nokksss nokksss ni kak dayah oii? hehe

eh jap doritos tu brand keropok cekedi kan? ka bnda lain? sini ada keropok doritos yg mmg sdap lazat manjilat jari tp xda la nak buat makan untuk sehari =p=p

Dai said...

a ah doritos yang sedap menjilat jari tu ha. nokkks ni belajar summer haritu =P

Hikaru Yui said...

mana kenyang makan benda tuu

Syed Danial said...

da heck? cost flight pi balik 50 pound? class gitu haha :)

nekmo :) said...

wahhhh.. bestnya... :)