Sunday, February 5

Perihal Gambar Profile.

Ini Hijikata Toushiro.

Nickname Toshi. Mayora pun boleh.



Kenapa letak gambar ni untuk gambar muka aku di Facebook?





Kalau letak gambar sendiri....

Ada pulak yang nak bagi pelempang. Kata posing gedik lah mende lah.
Kalau aku letak gambar passport duduk background biru sambil straight pandang kamera kata pekerja perkhidmatan awam sejati pulok.
Letak gambar tangkap dari belakang pun macam-macam hal boleh ditimbulkan. Ada jugak tanya 'muka kau kena bungkus kain ke woi?'
Gambar kaki haram. Gambar tangan haram. Gambar muka haram.
Aku ingat khinzir ajo yang haram.


Kalau letak gambar penyanyi Korea pujaan....

Yang ni lagi ramai nak bagi pelempang. Terutama kaum bapak. Ada jugak yang cakap 'woi woi aku takde kawan dengan mamat korea hokehhhhh.'
Behhhh padahal kalau kau letak gambar pemain bola tu boleh pulak.


Kalau letak gambar kartun....

'Sejak bila kau bertukar jadi Doraemon / Pokemon / Sakata Gintoki / Uzumaki Naruto / Gaara ni oi?'


Kalau letak gambar bunga.....

Waduh. Jenuh jugak. Dah la ramai jugak kengkawan aku letak gambar bunga.


Kalau letak gambar ketua batch kau....

Huru-haralah maka Facebookku.


Even gambar sekarang pun tengah ada hal. Pehhhhh.

Oh oh dan memanglah aku tak letak gambar obersi aku sebagai profile picture. Haip jangan berani tuduh aku spesis yang duduk rumah ja tak berjalan sebab takut so tarak gambaq berprestij. Haip!
(Tak diletak sebab..... entah. Ada beza ke? Wahahaha)


Chillawoi. Kalau gambar dia gambar buah nangka sekalipun, kau still akan stalk beliau dekat gambar lain kan? Waduh waduh.


See? Aku pun dah terjebak dalam salah satu makhluk yang make a fuss over facebook. Pffft. Tak bagus. Tak bagus.

4 comments:

El said...

haha. nak letak gambar nangka lah

Dai said...

buah dukun pun boleh. ffuuuu =)

Hikaru Yui said...

kahkahkah yg zul dabat tu xtahan...

Dai said...

yang tu edisi khas zol dabat =)