Saturday, February 25

Cerita Pagi Ahad

Handphone bersungguh-sungguh bunyi. Lagu alarm dengan volume yang boleh membangkitkan satu rumah.
Aku buka mata malas. Rasa sakit, macam ada nenek hembus angin kuat-kuat. Simdrom lack of tears (read: mata kering).
Selepas 5 6 kali telan butang snooze, aku bangun. Tanpa pikir apa-apa terus berlalu ke tandas. Kalau pikir banyak nanti akan tarik selimut kembali.


Air dari singki kutadah. Mula-mula paip panas, kemudian paip sejuk.
Selesai, basuh tangan dan keluar.

Kulihat muka di cermin. Muka malas, macam riak normal Sakata Gintoki. Kedua-dua paip air kubuka. Satu air panas gila,satu lagi sejuk gila. Ahh persetan, air sejuk juga menjadi pilihan.


Selasai wudhu baru rasa boleh fikir. Baru kepala otak mula fikir balik isu-isu yang ditinggal semalam. Isu North Korea, isu Rosmah, isu scholar barat dengan terjemahan baru al-Quran.
Isu kedua paling sia-sia fikir.


Solat. Walaupun ini subuh tapi pehallll aku selalu terlapaz 'maghribi'.
Orang sekalian, jangan ajar anak lafaz niat. Ajar niat sudah.


Baring tarik selimut balik. Mata masih rasa kering. Kepala berat, jantung mengepam dengan kadar tinggi dari normal. Buka emel, buka Facebook. Terlupa emel baru mana ada pagi-pagi Ahad.


Buka blog, mula merepek. Pasal pagi Ahad.

4 comments:

Hikaru Yui said...

air panas dgn air sejuk... pusing kanan sejuk sangat..pusing kiri sikiiit ja ttiba panas nak mampuih plak..haish..

kak dayah xsehat ka? mata xdak ayaq?

Dai said...

ni paip zaman merdeka, asing2 punya, so 2 2 sejuk/panaih gilo.


tah, dari azali mata tarak ayaq,. -_-

cik pooyuh said...

blogwalking...lama x jenguk kawan2 ku yang jauh di mata dekat di hati..('',)

Dai said...

terima kasih. your comment made me smile =)