Thursday, January 26

Mengenai Pemikiran Terbuka Golongan Saleh

Sampai sekarang aku masih pelik kenapa mereka dipanggil mat saleh. Kalau Benggali Putih itu aku faham sepenuhnya.


Baik sejajar kau membawa nama negara apabila kau berada di negara asing, kau juga perlu berkomunikasi dengan mereka mengenai budaya kau.
Arakian, bermulalah cerita di negeri penjajah inggeris.


Kenyataan golongan saleh A :Saya sungguh tidak faham mengapa Malaysia sangat antikan golongan homoseksual. Itu bukan mereka yang minta, ianya lumrah seorang manusia. Cinta adalah cinta, tidak mengenal jantina. Jika cinta dia adalah untuk seorang lelaki, kenapa kita mesti membantah? Itu hak masing-masing. Mengapa pemikiran masyarakat Malaysia begii tertutup? Tidak bolehkah awak membuka sedikit pemikiran awak semua?


Jawapan penulis : Beginilah. Awak mahu kami berfikiran terbuka menerima bahawa homoseksual itu harus dibenarkan bukan? Jadi mengapa awak tidak boleh menerima bahawa itu adalah budaya kami, dan kami berpegang dengan ajaran agama kami? Ianya tidak dibenarkan dalam agama, dan bukan sesuatu yang normal dalam masyarakat kami. Tidak bolehkah awak menerima itu, dan bolehlah awak membuka sedikit pemikiran awak yang hanya menganggap budaya awak adalah satu cara hidup yang betul untuk semua orang?


Sekian.

5 comments:

El said...

bagus jawapan tu. garu kepala gak tadi fikir apa nak jawab

Hikaru Yui said...

accept the differences... =p

Hfz A. said...

Aku syak homoseksuals ni tak pernah layan kpop.

Dai said...

El - memula terkejut jugak. lama-lama asyik dapat soalan ini... -_-

yui - =)

Mochi - So implikasinya dia jadi sangap?

.::annemishi::. said...

the best answer!