Saturday, November 26

Menerima dan sabar

Aku selalu tertanya juga semenjak hidup bermula di sini; Antara menerima dan sabar, samakah? Atau ianya dua perkara yang lain?



Contoh, walaupun kau merasa kawan kau perangai seperti *bleep*, namun kau tahan. Tapi adakah itu dinamakan sabar? Atau menerima seadanya perangai beliau yang *bleep*? Atau kedua-duanya sekali?


Bagi aku, benda precious yang aku belajar apabila aku berada di sini, ialah menerima perangai manusia seadanya. Dulu mungkin jika ada yang berperangai *bleep*, paling kurang akan kena makian aku dalam hati. Kalau lebih dari itu mungkin kena sembur dengan ekstrim. 

Tapi sekarang bolehlah. Kalau kau buat perangai *bleep* dengan aku pun, aku boleh senyum. Namun sila jangan over. Teknik semburan aku masih belum hilang seratus peratus. 

Sebab aku tahu perangai aku pun ada certain yang *bleep*. Jadi aku pun taknak diri sendiri kena sembur.


Itu boleh consider sabarkah?

1 comment:

yui92 said...

sabarlah dalam mencari jawapan

*xda kena mengena*