Sunday, November 6

Evolution Datte!


Atas arahan Mochi, aku mengupdate blog.
Walaupun kerja sumpah bertimbun macam haremmmm.
Dan ditambah kesibukan mengejar dan menunngu bas setiap pagi isnin selasa dan khamis serta sesi mengqhada anime yang telah terbiar selama 2 3 bulan.


Baik berita utama.

Walaupun banyak rintangan dan dugaan, aku menjadikan jua Evolution sebagai salah satu modul yang dihambik.

Fine kalau kau dah belajar masa sekolah dan kolej. Yang penting modul aku ada cara-cara nak bezakan tengkorak homo habilis dengan paranthropus boisei. Kau ada?
Kalau tak pernah dengar kejadah aku tulis ni sila google image. Jadikan search engine ciptaan yahudi ini sebagai wadah penambah ilmu memajukan umat instead of memboikot dangan sia-sia.

Berbalik lagi. The ugly truth is aku dah malas nak menerangkan secara berbudi bahasa bahawa Evolution itu bukannya ilmu sesat. Chigawuuu.

Hasrat murni aku dalam entry ini adalah untuk membukak kepale otak anda sekalian bahawa equation dalam Evolution bukannya
Evolution = Darwin + beruk = sesat.

Lebih dari itu.
Evolusi adalah progres setiap hidupan dalam menyesuaikan diri dengan sekeliling. Bagaimana itik zaman King Louise France menjadi itik zaman Datuk Najib Razak. Dan bagaimana beruang koala boleh lain sangat dengan beruang kutub.

Tidak semata-mata bagaimana monyet boleh menghilangkan bulu badan dan menjadi orang.


Memang ada konsep yang salah. Contohnya benda yang common dalam Evolution theory adalah konsep 'The Blind Watchmaker'. Konsep ini adalah konsep yang menerangkan bahawa setiap organisma termasuk penyu ulat bulu pokok bunga raya kucing dan Emiliania Huxleyi semua bukannya berevolusi dari seketul cell bertujuan untuk menjadi mereka. Tetapi sebab alam sekeliling. Jadi konsepnya menda hidup itu terjadi tanpa ada pengawasan sesiapa pun yang ingin mereka menjadi begitu. So no god.

Sesat, tetapi sila menjadi cerdik. Kalau ditukarkan konsep itu dengan konsep 'kun fayakun' seperti dalam Qur'an. If Allah's will, it will happen. Jadi mana sesatnya?


Dan selalunya pihak pembangkang akan memberi bukti dari sumber bertulis yang diterbitkan. Paling banyaknya akan beriktikad dengan buku Harun Yahya.

Okeh macam ni. Aku baca both Harun Yahya dan Richard Dawkins. Tapi buku Richard Dawkins lagilah senang untuk diterima hujah beliau. Harun Yahya simply stating EVERYTHING is wrong. Tapi tadak proof yang make sense. Mula-mula baca buku Harun Yahya memang nampak apa yang dikaitkan dengan benda yang dalam kelas. Tapi lama-lama it starts nampak pelik. Sebab ada benda yang aku nampak memang perlu evolution theory. Contoh macam mana bakteria boleh tahan sumpahan antibiotik lepas satu tahap. Kalau dia bangkang takdak unsur evolution di situ, jadi aku tak tahu nak logically pikiaq macam mana H1N1 boleh terwujud.

Boleh bayangkan macam mana gajah yang besaq gabak tiba-tiba boleh ting! terwujud depan mata.
Memanglah di situasi atas juga boleh digunakan 'kun fayakun'. Kalau Allah nak biar gajah tu wujud macam tu sahaja tanpa ada apa-apa sebelum tu pun boleh dattebayo. Senang ja kot. Tapi sebab Allah cakap dalam Quran berbanyak-banyak kali 'Supaya kamu menjadi orang yang berfikir', dia bagi menda yang boleh membuatkan kau fikir gajah tu datang dari mana.


Tapi only certain buku Dawkins ja worth baca. Buku God Delusion is simply rubbish. Yang tu cerita orang yang nak mengelat dari menerima yang depa ada pencipta dan ada obligation atas dunia.

Meh, aku bukan penyokong Dawkins. Dan mengambik subjek Evolution juga tak menjadikan aku atheist atau pro-Darwin. Aku rasa menjadi fardhu kifayah aku study menda alah ni sebab tak ramai scholar Muslim yang membincangkan theory yang ditakuti ramai ini. Dan kalau ada pun semua pattern sama. Sesat. Tapi tak ada alasan kukuh kenapa dan macam mana boleh sesat. Dan apa yang menjadikannya sesat.



Pehh, kalau takmau percaya pun takpa. Aku bukan orang zuhud hafal 30 juzuk Qur'an nak cakap ilmu aku semua di jalan benar.



Tapi kan, aku pernah dengar jugak. Semua ilmu dunia ni bukan setiap inci tu betul. Ada yang close tu betul, tapi kita pegang ja supaya boleh bergerak ke hadapan. Sebab ilmu yang betul-betul sahih Allah saja yang ada. =)

7 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

teringin nak belajar subjek tu. :)

yui92 said...

perkataan evolusi dah jadi taboo kalau disembangkan secara ilmiah.. lainlah kalau sembang pasal pokemon.. haha

El said...

dats rite. dah lma fikirkan hal cam tu.

its pretty annoying to accept the fact that everything comes in a blink of an eye

lebih kurang camtu la kata einstein. haha.

Hfz A. said...

baguslah hang amek module tu.
takdak la terima ja membabi-buta ye dak?

Aaroniero Arruruerie said...

bagus dai hang tulih menda ni *tepuk tangan*

susah nak explain kat orang yang tak paham!

burhan al-hilmi said...

~wah, menarik2..serius selama ini aku xberani(malas) sungguh nak baca psl teori Darwin ini..

ada apa2 buku kau boleh cadangkan?
yang ringan untuk dibaca

Dai said...

yui - hahaha pokemon. yg tu xterfikir pulak. =)

el - betul. kalau pengamal bomoh tak pa ah, dia xkisah.

mochi - yep =)

burhan - em ringan, tarak lah weh. source aku semua buku tebal2 galas belakang konfom sakit tulang. hhaa