Tuesday, October 11

Raya

Sepatutnya raya haritu aku buat video.
Ni satu gambar pun haram tadak. -_-



2 hari sebelum raya:

"Woi bau hangit!"

Tuudia kuih raya bodoh aku. Hitam legam di bontot. Garu kepala. Tengok TV kusyuk sangat.

2 jam sebelum tu, aku menguli tepung. Sepatutnya nak buat kuih raya mama carey. Tapi disebabkan kesempitan barang, aku gentel bulat-bulat saja, taruk coklat atas.

Adik aku cakap macam rupa bijik getah. -_-

Sebab radio pun tak ada, aku pasanglah radio Malaysia di iPhone. Asyik tengok TV cerita mat saleh aku pun bosan juga. Tiba-Tiba keluar lagu Dendang Perantau. Layan. Terus menguli.

Sayup suara dari ruang tamu. "Tutup lagu tu Dai, tutup plis. Akak tak boleh laa nak concentrate buat thesis ni dengar lagu raya. Sedih taw." Garu kepala lagi. Lah, 2 minggu lagi dah nak balik. Chill ah akak. Finelah. Tutup.
Terus menguli. Bosan baba.

Pukul 5 petang bersiap mahu ke surau universiti. Buka puasa pukul 8.30 malam nanti.




Hari terakhir Ramadhan:

Noted. Family suruh bukak skype pukul 12 malam waktu Malaysia.

Cantik, akak postgrad satu rumah pergi office. Pasang lagu raya kuat-kuat. Buat karaoke.

Hari ni buat kek coklat untuk raya. First time. Fine aku noobies. Dan buat jugak kuih sagu.

Bolehlah tahan. Kek coklat haram tak ada icing. Tabur coklat cip berehh. Kuih sagu ada perisa strawberi. Sebab aku tersalah anggap botol pewarna merah dengan cecair strawberi pekat. Itulah lenkali aku nak letak kaler biru jangan dihalang.


Bukak Facebook. Ah makhluk balik Malaysia sorang pun malas bukak Facebook. Bosan. Mati kutu. Belek gambar Russia. Tutup. Check tempat kat Italy.

Pintu depan terbukak.

"DAI! Tutup laaa lagu raya tu~~~~~~~~." Haish....

"Saya tahun depan pun belum tentu balik taw."
"Awak species lain."

Haish...


Pukul 12 bukak Skype. Family pun online. Sembang sambil gelak-gelak. Adik marah. Sebab mak tengah nangis-nangis. Cakap aku muka takda feeling. Makcik semua pakat datang. Semua pakat nangis depan Skype. Facepalm.

Dan ada orang marah tanya pehal hang tak sedih. Facepalm lagi.

Keadaan yang sama berlanjutan sampai 4-5 pagi.


Pagi raya:

Bangun pukul 11 pagi. Hambek. Akak postgrad terus keluar rumah pagi-pagi tanpa kejut aku bangun, takut aku pakai baju raya dengan gembira dan mintak duit raya. Tengok luar rumah. Mengantuk.

Sembahyang raya dengan takbir konfem dah miss.


Pakai baju raya, naik bas, pergi beraya di universiti.





Nota kaki : Bagi yang berpuluh kali tanya betul ke aku tak sedih, ya memang tak sedih. Dan bagi yang tak percaya walaupun berpuluh kali dah aku jawab aku tak sedih, malas ah aku nak layan.

3 comments:

El said...

haha. takpe2. time ni je sedih. jap lagi dah habis belajar, tiap tahun balik raya malaysia confem dorang bosan tgk muka kau. haha

so bagi dorang sedih sekarang sementara ada peluang. haha

burhan al-hilmi said...

sungguh keras hatimu..haha..
xpe2 tahun dpn bole balik..

Dai said...

El - hahaha well said bro =)

burhan - hm tgklah kalau balik. haha