Sunday, August 21

Travelog Solo

Malas mahu buat ayat lengkap. -_-



Manchester, UK

Bertolak dari Lancaster ke Manchaster Airport seorang dengan keretapi. Bunyi tayar bagasi yang berheretan dengan jalan tidak rata bergema sepanjang Bowerham Road. Sampai ke lapangan terbang 4 jam lebih awal, jadi melepak di airport lounge sambil membaca berita di iPhone.

Awal-awal lagi check in sudah ada masalah; Nama tidak dijumpai dalam sistem. Aku gelabah juga; Ah, tolonglah jangan buat onar di sini. Alhamdulillah akhirnya semua beres, termasuk visa. Flight Finnair sederhana besar dengan dua tempat duduk setiap sisi tersergam, walaupun sedikit lewat dari jadual.



Helsinki-Vantaa Airport, Finland

Sampai selepas 3 jam. Disebabkan perbezaan 2 jam, maka sampai di sana dalam pukul 11 malam walaupun bertolak pukul 6 petang. Merayau dalam airport keseorangan sambil mencari makanan, namun kedai kebanyakan sudah tutup. Duit Euro pula tidak ditukar, dan dalam dompet hanya ada 2 pound sterling. Okeh sangat ekstrim. Setelah berjalan selama setengah jam, baru terjumpa cash machine. Dah ada duit kedai pula tutup. Down. Jadi mencari port untuk melayan internet di iPhone. Bateri hampir habis, tapi charger ada dalam bagasi yang sudah dihantar ke Moscow. Ah dugaan. Akhirnya aku merayau 2 3 jam dengan perut lapar mengambil gambar airport yang kosong. Cari port tidur. Esoknya pukul 8.00 pagi bertolak ke Moscow.



Moscow, Russia.

Landing di Syeremetyevo Airport. Dalam kepala hotak memang blur mahu ke mana, namun kuikut sahaja ke mana orang lain pergi. Sampai di imigresen aku mula pening selepas diserang soalan dalam Ruski. Mak aih. Sementara menunggu Syed Danial, merayap lagi dalam airport. Dan selepas menerima tenungan hebat dari orang-orang di airport, aku givap dan mencari port untuk tidur. Selepas 3 jam, Syed datang. Lega. =)

First impression, bahang. BAHANG. Panas woi. Jadi kena temperature shock (adakah? -_-). Dari tempat yang 14 degree naik terus ke 36 degree. Dan baju semuanya baju dari UK. Ah mampus mengipaslah. Kesian member yang terpaksa mendengar dengusan sepanjang 3 4 hari.


Moral lessons

- kena tenung walau di mana saja berada. Peh. Sangat rimas. So make sure you're tenung-proof if you want to go.
- orang Moscow akan terjun dalam mana-mana air pancut public. 

- Moscow lawa. Tapi serabut. Bangunan lawa blend in dalam bangunan modern yang serabut. 
- seikhlasnya saya belajar, kalau belajar di UK tak payahlah asyik nak mengadu depress. Kau pergi tengok macam mana orang lain hidup. Banding macam mana kau hidup dengan student negara lain. Kau akan rasa setahun kau yang kau hidup itu semua kau kufur nikmat. 
- nasib baik bukan kaki shopping. -_-
- mendapati budak Russia sangat macho bila cakap Ruski dengan locals. Pffftttt. Nak cari student Malaysia di Russia lah woot woot =P
- walaupun Islam is a major religion mereka masik pelik kau pakai baju yang cover semua.Mari husnuzhon. Mungkin waktu itu tengah panas jadi pelik kenapa orang nak pakai baju penuh masa matahari terik.
- kedai makanan mentah halal banyak. Kedai makanan halal almost nil. 
- kereta semua laju gilo. -_-
- rakyat mereka tak percaya kepada menunjukkan perasaan. Jadi muka semua orang macam depress. Tapi hati mereka baik. Hahahaha
abang russia hensem yang tak berperasaan

- paling ekstrem kena heret lintas jalan 8 lane waktu kereta semua tengah penuh. -_-
- kalau kau tak ada tour guide consider baliklah nak pergi ke tak. Free advice.
- kentang tu sangat sedapppppppppp!
- belajar lintas jalan di Europe tanpa rasa gusar. Kalau balik Malaysia perlu gusar balik.



St. Petersburg, Russia.

Naik keretapi dari Moscow, dari pukul 5 petang sampai 2 pagi. Overnight train. Keretapi slowwwwwnya, tapi boleh tengok view luar. Tengok luarlah, kalau tengok dalam keretapi semua nanti kena sencored. Kami borak-borak sampai Syed pengsan pukul 10 sebab letih. Aku jetlag jadi sampai St. Pete pun tak boleh tidur. Bila sampai St Pete pukul 2 pagi mula mengantuk. Tapi vokzal (read: stesen keretapi) panas bahang dan berbau stokin. Haha. Selepas 3 jam tak keruan sebab bahang dan bau kami pindah duduk atas lantai bersila di depan kedai pizza lalu lena. Luar sejuk sangat. Jadi inilah port yang paling sedap. -_-

Bertolak cari hostel. Tak jumpa jumpa. Yang jumpa hanya satu bangunan yang hampir runtuh. Jumpa internet masa tepi jalan, jadi bertapa pulak tepi jalan. Akhirnya jumpa, bangunan runtuh itulah hostelnya. Nganga. Hardcore gila travel, sampai tidur bangunan rundown. Wahaha. Turn out dalamnya tak rundown langsung. 


Moral lessons
- don't judge a building by its rundown cover.
luar
dalam

- St Pete lawa! Tak blend dengan bangunan modern. =)
- kerana dakyah Kristian, orang Canada sanggup datang ke Russia untuk menyampaikan risalah kepada pelawat Malaysia dari UK. Wahahaha. Mungkin semangat dakwah aku juga perlu jadi seperti itu. =)
- wifi di tepi jalan adalah sesuatu yang patut diraikan. =)
- no wonderlah US rasa threatened dengan Russia. British dan French pun kena bagi ufti kepada the Russian.
- kaya sangat sampai Winter Palace decoration pun membuat aku nganga.

 - kalau kolam anda ada itik-itik yang memancutkan air, boleh diganti dengan anjing yang memancutkan air jika itik itu hilang satu.

- Metro ada chandeliar siotttt.

- sebelum makan di restoran sushi pastikan rakan anda tahu apa itu 'sake'.
- saya ada zero alcohol tolerance. -_-


Helsinki, Finland

Bertolak pukul 9 pagi sebab bangun lambat huahua. Gila rasa nak nangis masa naik train, tapi tahan tahan. Semasa kapal terbang berlepas aku serius tak faham apa hal rasa nak nangis gila gila. Nasib baik sebelah tak ada orang. Sekali lagi dalam airplane tak boleh makan, jadi tengok luar sudah. Bila sampai buat muka confident pergi gate keluar. Immigration officer sumpah tengok pelik masa dia tengah buat kerja pasport control. 
Dia tanya, 'kau datang sorang ke dik, mak bapak kau mana?'.
Saya jawab; 'a ah datang sorang bang, laki saya tinggal taknak ikut.'
Okeh sori dongeng saja.


Moral lessons

- akak-akak Scandinavia sumpah cun cun gila. dan penuh kegagahan. dan sopan santun. i like a lot. =)

- jangan bagi kamera sama makcik tourist lain. kesian dia struggle dowh.
- ringankan mulut bertanya. sebab kalau tak, kau merayau cari tram stop selama 15 minit lepastu malas bayar dan lompat naik suka hati dan in the end lepas naik 1 minit ko nampak landmark untuk tempat tu dan rasa diri sendiri manusia paling noob di serata ceruk eropah. dan turun lepas 1 stop dari tempat ko naik.
- jangan tegur makcik korea semasa kau tengah eurotour. Makcik-makcik punya Korean tak sama dengan artis punya Korean. 
- Merayau sorang-sorang sumpah bosan baba. Janji tak buat lagi.
- bawak sunscreen lotion. Tangan dan muka dah berbelang-belang. -_-

kamera : Sony Cybershot DSC-S930
10.1 MP f/2.8 iso 800
lens : non-interchangable + spekmata hitam aku huehuehue

- bawak botol air mineral sendiri sobsob duit habis asyik beli air ja woi




Nota kaki = Lepas balik kena temperature shock dari 36 degree ke 8 degree balik. Tambah tidur dalam khemah. Ah down. -_-



7 comments:

yui92 said...

ohhhhh tersangatlah menariknya...lepas ni buatlah video... mesti besz dan tah2 bole celen matluthfi =p=p=p

baca story org terasa sangat awesome tp nak jalan sendiri...masih malaz...

Dai said...

oh pergi x ambik video... banyak gambar ja. kalau nak celen mat macam agak impssible =P

yui92 said...

hahaha boleh ja terai... baca balik baru perasan yg abg rusia tu agak hensem la jugak..

haa kawan saya ada sorg g rusia.. kenai kot? naem nama dy..boleh la ngorat untuk memudahkan visit2 yg mendatang

Dai said...

hoahoahoa boleh gak tu. rasa macam nak redah pergi sekali lagi. kali ni nak pergi area2 dekat jepun pulak. hoho.

nama pesbuk?
hahaha jokin jokin. =)

yui92 said...

hehe jokin kunun.. nah sila kirim salam assalamualaikum nnti bila dy apprve

nama fb naem naser gambaq dy kartun.. xsure kartun apa tp kartun la

Dai said...

ceh orang cakap betul betul -_-

Syed Danial said...

hang lupa part hilang specs