Wednesday, August 3

Salam 'Alaik.

Blog saya yang berhabuk ni rasanya perlu disapu sedikit. Malas. Jadi kebanyakan idea tidak dikarang, hanya dibiarkan hilang ditelan subconcious mind. 


Azam baru Ramadhan ini, saya sedang cuba untuk tidak menyatakan sebarang alasan terhadap segala silap saya. Hanya ungkapan maaf akan diucapkan, dan usaha untuk membetulkan keadaan. Memberi alasan saya rasakan tidak membawa sesiapa ke mana-mana. 


Buat masa sekarang, saya sedang berada di phase hitam. Maksudnya muka telah sunburnt teruk akibat terik mentari sepanjang saya di Russia dan Finland. Alhamdulillah, kaki kecil saiz 3 UK ini mampu membawa saya mengembara ke Eropah Timur, mengumpul pengalaman hidup bagi digunakan kemudian hari. 

Jadi jika dibilang, negara yang sudah saya sampai termasuk Malaysia dan United Kingdom adalah dalam 9? Negara lain ialah France, Holland, Belgium, Czech, Switzerland, Finland dan Russia. Insyaallah jika ada rezeki pada September nanti saya akan menerokai German, Italy, Austria, dan kembali untuk kali kedua ke Switzerland dan Belgium, dan untuk kali ketiga ke Holland dan France. 


Untuk itu sahaja update, tiada idea untuk membebel panjang.

Ramadhan kareem kepada semua! =)

2 comments:

نور عزتي said...

Alhamdulillah, kaki kecil saiz 3 UK ini mampu membawa saya mengembara ke Eropah Timur, mengumpul pengalaman hidup bagi digunakan kemudian hari.

like2 .. =)

jgn lupa save segala keexcitedan dan cerita ceriti utk kami nnt ye?

=)

نور عزتي said...
This comment has been removed by the author.