Tuesday, July 12

Laporan Aktiviti Semasa Cuti Summer 3 Bulan (Edisi Pertama)

Kali ini gua ingin menggunakan kata ganti nama diri pertama 'gua' instead of kata ganti diri patik dan tuan hamba yang selalu gua pakai. Dan campur Inggelish sikit-sikit. Harap-harap abang dan kakak usrah tak marah.

Disebabkan mood gua hari ni baik selepas borak-borak dengan kawan London Moscow Tanta Nashville Liverpool Sheffiled Leicester (tuudia list. rasa macam nak bagi pelempang sedas?) selama beberapa jam gua jadi gembira. So gua berhasrat nak update blog terbiar ni. Kesian. Tetiap malam kacau gua tidur. Asyik cakap gua tak bagi kasih sayang yang cukup. Pehh. Gua straight okay, tak paham bahasa sungguh.


Baik. Seperti yang luorang semua mungkin tak tahu, gua mengambil langkah drastik berani mati dengan tidak balik pada tahun pertama di UK. Jadi gua spend cuti 3 bulan mati kutu di negara penjajah.
Dan serius gua cakap gua mati kutu, sebab asyik bersembang dengan Talking Tom, Talking Dinosaur dan Talking John. Tak berkembang woh otak dan tatabahasa gua. Kawan-kawan gua semua hilang lepas balik Malaysia. Lepas tu siap ugut nak pasang lagu Dendang Perantau masa Raya. Macam ni ah member.




Aktiviti kesukaan gua; merayap merata-rata. Gua redah masuk semua. Sekolah rendah menengah mat saleh semua gua masuk. Siap pergi hiking pakai jeans skinny. Gila ka apa. Semalam gua pergi merayap kawasan pantai dengan bantuan akak senior. Pehh. Terbaik ahh.
Ada jugak kedai-kedai yang buat Summer Sale gila-gila. Gua masuk jugak. Tengok ada barang masyuk. Sapa-sapa nak pesan gua barang baik pesan sekarang. Lepas ni gua miskin sebarang bisnes tidak akan dilayan.


Aktiviti baru kesukaan gua jugak, pergi menyelongkar tong sampah. Scavenger tegar. Gua ada dapat teddy bear beg Ted Baker senduk garfu penyidai semua ada. Sekarang gua dah ada 6 duvet, 11 bantal tidur, 5 cadar dan sebagainya. So gua cakap kat junior yang nak datang sini, don't worry be happy. Gua senior terbaik dari ladang kelapa sawit. Gua dengan sedia membekalkan barangan mentah seperti comforter dan bamtal kepada luorang.


Ni aktiviti gua benci pulak. Membanteras siput tanpa cengkerang atau orang kampung gua panggil nama slug. Gua bukan apa, gua tak kisah dia nak main luar rumah. Tapi kalau jamban pun ada gua nak buang air pun jadi runsing. Kalau pijak memang terkeluar lah segala bunyi perempuan Los Angeles gua. Euw euw euw. Kalau rakam balik dengar pun rasa mau lempang. Geli woi geli.
Jangan kaitkan dengan gua budak Bio tak patut rasa geli blablabla.


Selain itu, gua juga mengisi masa terluang dengan menjaga anak senior-senior gua. Gua memang tak reti main dengan budak-budak. Adik-adik gua semua main macam dalam Malcolm in the Middle. Jadi bila gua kena jaga budak-budak secara normal gua mula jadi kelam-kabut. Tapi lama-lama seronok pulak main lawan-lawan pedang pakai raket tenis dan main menyorok-menyorok sambil gua berlakon pening-pening cari orang. At least gua tak payah nak berdebat dalam hati nak main Farmville atau tak.


Hobi gua bila gua ada masa yang sepatutnya gua pergi buat ibadat tapi gua melagha, ialah pergi kacau orang. Kadang-kadang gua bukak Sekaip, tengok list orang online, lepas tu tetibe pergi cakap menda pelik-pelik. Paling gua suka nak buat ialah tulis dalam bahasa Finnish masa kacau orang, tapi orang tu pun balas balik guna Google Translator. Demm. Bila bukak Facebook pun gua buat macam tu. Tapi selalu member gua tak layan ah. Member gua semua sibuk dengan aktiviti di Malaysia. Mana nak layan kutu free free macam gua. Takpa takpa. Gua redha dengan nasib gua. Gua ni orang UK terbuang. Orang Malaysia lagi rock sebab makan laksa dan roti canai.


Ini juga salah satu aktiviti yang gua tak sangka gua buat. Gua pergi Youtube cari lagu rock kapak buat karaoke. Cess. Gua tak puas hati betul. Sekarang gua dah hampir terer lagu Spring UKAYS dan May.
Serius gua tak paham. -_-




Oh gua masih menganggur. Sekian.

5 comments:

yui92 said...

serius ka kak dayah selongkaq tong sampah jumpa semua benda alah tu? besz gila tong sampah uk.. tong sampah mesir kalau ada macam tu alangkah indahnya..heheh


nak pesan teddy bear bole?

Dai said...

Hahaha agak payah dah la ni. Dah lama dah selongkaq. Awat x habaq awai2. =)

yui92 said...

hahah xpa2... xleh imagine kak dayah slongkaq tong sampah...dgn gaya macho ka ayu? =p=p=p

Madmie said...

awat la nama blog hg ni cendol..bulan posa kot...tergugat ni tergugatt :p

Dai said...

Hahaha. Lama dah lama ni, malas nak tukaq. =)