Monday, June 13

penulisan kreatif

Baru-baru ini, saya tertarik semula untuk membaca cerpen. Saya suka membaca hasil penulisan kreatif yang menghiburkan dan tidak klise. Sebab itu namanya PENULISAN KREATIF.


Ini yang dapat saya extractkan setelah melihat-lihat karya jiwang yang saya jumpa di internet.

1 - Nama watak wajib tergeliat lidah mau sebut. Kalau tok imam mahu baca talkin masa dah meninggal nanti pun payah. Dan jika nama biasa-biasa saja diberikan, ejaan mesti mau bombastik. Sebagai contoh, Joe-Yeah (Joyah). Atau Hycal (Haikal). Baba, bagi nama Abu Hurairah ka, Omar ka, kan senang.

2 - Dialog-dialog di antara watak sangat menggunakan bahasa istana. Okay sorry over di situ. Maksudnya bahasa sangat bangsawan dan drama.

3 - Kalau perempuan spesis bising atau loqlaq macam aku watak selalu kawan baik ajo. Hahaha. Heroine selalu ayu dan mempunyai banyak kelebihan yang luar biasa. Wonder Women kot. Dah la cantik, merendah diri, pandai mengambil hati orang tua blablabla patutlah cik abang berasa bertuah berkahwin dengan dia. Peh.

4 - Baca tajuk pun kau dah dapat pastikan kau tengah baca cerita jiwang. Enough said.

5- Jalan cerita adalah 4 atau 5 format berlainan. Semuanya boleh anda dapati di cerekarama TV3.



Cerita yang saya enjoy baca zaman dulu ialah Perlumbaan Kedua. Pure genius. Dan saya mencari cerita sebegini, yang mencabar minda dan kemahiran berfikir.
Perlumbaan Kedua adalah antara 1 daripada 4 karya yang saya tidak dapat teka bagaimana penghabisannya semasa dalam proses pembacaan. Daripada beratus-ratus karya yang pernah saya baca. (Atau ribu. Entah. -_-) 


Kepada yang mungkin tertanya-tanya, ya, saya belum pernah berpacar-pacaran atau bergeli-gelian. Jadi kerana itu yang tuan puan boleh lihat di sini, saya memang tiada perasaan membaca cerita cinta-cinta. Budak-budak mana paham benda orang dewasa.


Cheers. =)

3 comments:

طالب الحب said...

oit, study laa .. heheh ..

come on Dai, aku teringin nk bace penulisan kau pulak .. hihi .. =)

.::annemishi::. said...

keh keh keh. i like.
aku suka baca bacaan genius gak. baca hilal asyraf punya ka, faisal tehrani ka (walaupun orang kata dia syiah) tapi dia punya cerpen boleh tahan genius.

oh, bab cerekarama tv3. aku suka tengok sbb kadang2 ada yg insaf jiwa bila tengok. :p

yui92 said...

meh nak tulis perlumbaan ketiga plak
lepas ni =p=p=p