Wednesday, June 29

Loner Macam Loser.

Penyakit saya sebenarnya adalah fail bila kena bergaul dengan orang.

Kekok.

Cerita benar. Saya hanya senang berbual dengan rakan sebaya. Bila kena guna perkataan seperti abang kakak adik pakcik datuk tuanku semua saya akan terus jadi janggal.

Plis plis understand. Saya tak ada niat jadi sombong. Tapi saya memang bodoh bila terpaksa mengaplikasikan kemahiran tersebut.

Dan itu juga membawa kepada penyakit tak berapa reti nak berbual.

Juga kegagalan dalam memberi ucapan kepada orang.



Biasanya orang akan selalu berkata begini kepada saya :
- "....good luck exam, i'allah boleh buat punya......"
- "....mintak maaf salah silap, halalkan......"
- "....kau okey, sihat? kalau tak, datanglah sini......"
- "....kalau nak aku tolong apa-apa, mintak saja....."


Dialog saya senang saja.
"Samalah. =)"



Sila ketahui, saya memang sangat loser bab ini.


Sekarang saya tengah rasa lonely sebab member satu uni semua sudah mahu balik.

Masa last jumpa, mereka pesan bertan-tan kepada saya. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Saya sengih saja.



Bila balik bilik saya garu kepala. Kejadah saya tak cakap apa-apa? -_-

Mungkin saya tak pandai meluahkan perasaan melalui kata-kata. Namun saya tetap mengharap yang terbaik kepada semua. =)

3 comments:

طالب الحب said...

heheh ,,

bknkah doa seorg rakan kpd rakannya itu lebih termakbul bila ianya x diketahui? (adoii, ayat aku, biasalah tu .. faham kan? haha)

xpe babe .. b urself .. take care! =)

Aaroniero Arruruerie said...

ko tau dai. dulu kat skolah aku kepochii.

lepas naik matrix, sekarang kat univ jadi pasif dan loser habis.

-_- BLAME PUBERTY. *kekekeke

yui92 said...

kak dayah... i am introvert and always will be... tp mcm boleh ja hidop..huhuhu... just be happy with it