Thursday, June 2

Jantung.

Buat sesiapa yang tidak mengenali diri ini, saya ingin membuat satu pengumuman.

Guys, I'm a GIRL. Not a dude. Mungkin penulisan macam lelaki but yeah I'm a girl. =)






Tahukah anda kejadah gambar di atas?


Hehe ini ialah gambar seketul jantung (yang telah dilanyak dan dibelah-belah dengan ganas olehku).
Lebih tepat jantung khinzir hohoho.



Sebenarnya lecturer ada tanya saya mahu buat atau tak. Saya sangat terharu dengan keperihatinan pakcik David tapi ini perlu dibuat. Bila lagi nak memotong jantung (dan memegang babi hahaha).


Peh, busuk gila bau. Bau telor (dak dak yang ni saja ja mana nak ada bau telor time ni, telur lagi wangi kot dari wekwek ni). Dan darah yang memercik-mercik (okay itu over. sikit ja darah terpercik) ada sedikit mengenai lab coatku. Dengan ketiadaan sebarang penutup mulut dan gugel, aku menahan bau hanyir darah (dan bau khinzir) mendekatkan muka ke menda alah tersebut dan memerhati segala struktur unik yang tersirat dalam seketul daging itu. Ah, bagaimana Huxley boleh menyokong teori yang mengatakan ini boleh terjadi hasil evolusi dari penyesuaian sesuatu sistem dengan persekitaran.
Aku loya. Dengan bau hanyir dan teori busuk.

"Imagine it's a fresh flower fragrance," Eleni menyapa dari depanku. Gadis dari Greek itu seperti sangat menikmati suasana di mana semua orang hampir muntah dengan bau darah hanyir. Aku tersengih.

"Yeah, oh, the smell," aku membalas. Kami sama tersengih.


Aku kembali meneliti jantung yang hampir hancur juga, meneliti dan mencarik-carik bahagian yang ditulis dalam buku sebagai 'very elastic'. Dari situ dapat aku akui kebenarannya.


Peh, dah macam cerpen thriller.



Baik sebelum saya menjadi lebih gila haruslah berhenti menulis sekarang. =)

20 comments:

burhan al-hilmi said...

nak tengok gambar bangkai babi bole?..jantung je tak best la..

Dai said...

kamon bhai ni jantung babi yang penting bagi aku dowh. aku blaja dengan benda ni. hahaha

nfdeeda_zubir said...

oh tahu, sebab entry dulu kantoi saiz kasut keciikkk ~ kehkeh
kenapa mesti jantung babi ?

Dai said...

jantung babi paling sama saiz dan struktur dengan jantung orang.


ow yeah and jantung babi is cheaper than human's here. =)

suffiakmal said...

kak dai, u belaja medic ke ape ? wah excited ah tgok . hehe

Dai said...

oh tak tak kalau budak medic lagi ekstrem beli tengkorak orang letak tepi katil tido skali. siap bagi nama lagi hehehe (Kisah benar). ni biology, so sikit2 ajo. =)

suffiakmal said...

serius ? sufi nak sambung forensic. any comment ?

yui92 said...

kami study pakai jantung orang so xkena samak..heheh

Dai said...

suffi - oh forensik. sila ready untuk main tahi. hahaha


yui - ha yang tu power sgt. -_-

suffiakmal said...

main tahi ? tak paham. sila lebih detail please

Dai said...

oo gini. forensic = science to proof legal to courts kan? so forensics mostly investigating benda yang masuk crime scene, cnth kes bunuh etc. so to investigate the cause of death, kena la tgk apa yg keluar dari badan kan? whatever benda asing yg menyebabkan sistem badan misfunction, all will eventually keluar menjadi tinja. so forensics = deal with tahi. faham dak? =)

.::annemishi::. said...

oh nih lah heart. so called jantung.

cambest ja time buat experiment, nak nak bayangkan jantung orang yg kita sakit hati, sambil tuh, kita cucuk2 dengan pisau.

cakap sorang2.

mati kau jantung dot dot dot.

ok dah. aku fail jadi thriller novelist.

suffiakmal said...

paham2.bestnya sembang dgn u, hope can chat with u later. can meh ?

Dai said...

anneh - haha part hang cakap tengah2 tu aku dah seram. xfail ah kalau hang tulis nover thriller. =)


suffi - can can. tapi not now lah kot. after 14th june? =)

suffiakmal said...

okay. take ur time. exam ke ?

Dai said...

yep final. so busy sikit.=)

Syed Danial said...

orang pakai jantung manusia lah.baru kewl. haha

Dai said...

haha uk... nyawa manusia mahai kat sini. hehe. hang tahun bila nak update dot?

Syed Danial said...

kat sini aku rasa byk unclaimed punya body kot. paling best kalau intestine. lendir gitu :)

aku dah malas nak update. tengok lah nanti kalau angin mai :)

Dai said...

Ok lendir tu sumpah amusing. =)