Saturday, June 4

Gedik

Tajukdi atas merujuk kepada beberapa makna.


Pertama-tama, kegedikan ini dijanakan oleh keinginan untuk update blog walaupun periksa akan bermula esok. Kertas esok berkisar mengenai volcanology tsunami earthquake dan semua kejadah lain.


Gedik kedua ditujukan khas kepada member-member yang dah habis periksa tapi orang call gedik tak mahu angkat telefon mahupun Sekaip. Woi, cukup-cukup la tidur sikit-sikit!


Sebenarnya aku tidak bergitu gemar menggunakan perkataan gedik. Kerana aku sangat anti dengan gedik (Ok aku memang pelik dari orang hahaha) dan walaupun ada orang mengatakan 'normallah perempuan nak jadi gedik, it's nature' tapi aku yang kurang tahap normal dari orang ini masih anti. =P


Namun punca kegedikan yang mendorong aku menulis adalah kehairanan terhadap kegedikan sesetengah spesis.


Salah satu gejala yang berlaku,
Bukak mata besar-besar, kembungkan mulut, angkat kamera ke atas, tangkap gambar, upload gambar di Facebook/Blogspot/ dan kejadah lain yang aku tak sure apa benda dengan tajuk 'ME <3'.
Jadi aku melakukan survey.


Perbualan tidak dicensored antara dua makhluk ganjil;

DR: aku nk tanya ko
DR: pandangan ko sebagai seorang insan bernama lelaki
DR: cewah...
DR: seikhlas hati ni woi aku mintak,
DR: terhadap awek2 yg suka tgkap gambar sendiri
DR: er u know
DR: yg suka bukak mata besar2
DR: angkat kamera sampai atas
DR: pastu tgkap gamba sendiri
DR: letak fb
DR: haha pastu buat album
DR: tajuk "ME"
DR: haha

SR: ak rse menyampah
SR: kalau ak r
SR: haha
SR: org lain ak xtw
SR: haha

DR: haha ooo
DR: aku igt laki suka
DR: sebab tu diorang buat

SR: ade kot yg suka
SR: tp ak bese2 je
SR: mlas nk tgk
SR: dh tw pose gaya pe
SR: amek gmbar dari atas
SR: nk bg hidung mancung
SR: xnk bg nampk lobang idong
SR: haha

DR: haha part hidug aku x terpikir la plak
DR: genius ah

SR: alaa
SR: pompuan kot
SR: haha

There you go.

Dan gejala ini bukan sahaja menular di kalangan perempuan malahan lelaki. Sebab tu aku cakap 'sesetengah spesis' tanpa ada spesifikasi.

Kalau lelaki sumpah aku rasa nak muntah. Termasuklah lelaki Korea juga.


Don't worry, aku takkan kata apa-apa. Aku tak ada hak pun kan. It's your personal rightlah, nak letak gambar konon comel kau untuk ditayang kepada public. Cuma rasa nak hawin tangan naik ke muka sajalah. Ha ha ha. Dak dak melawak ja (Am I? Hahaha).

Ini satu pandangan dari aku saja. Aku tak pastilah sama ada orang lain bahagia hidup dengan gambar-gambar orang kembung mulut. Haha.





Haha maaflah jika aku telah mencerobohi hak asasi manusia kau, tapi apa salahnya kalau kau nak letak gambar kau pun, boleh letak yang gambar elok-elok senyum lawa-lawa, kan? No harm. =)



Dan kepada yang makan cili dan terasa pedas baru tergedik-gedik nak cari ayaq anda mungkin akan meresponse dengan ayat sebegini;

'Euwww biar lerr kitew nak buat macam manew pun dengan muka kitew yang comel nie... Dia tue jeles la tue muka penuh jerawat tak macam muka kitew smoooth je xdew cela. Muka kitew boleh laa letak Facebook orang pun shuuukeee tengok, muka dia tue letak Facebook mau buat orang muntah darah jewwww.'

(Punyalah lama aku mengedit perenggan ni saja. Unbelievable.) 




Hahaha to the hell with it! Muka buruk tak apa, janji hati suci hahaha (Izzati Fuad et al, 2010).




Nota kaki = I feel sooo uncool writing this post. Pffttt~~~~

3 comments:

.::annemishi::. said...

tutup mulut tahan gelak dengan nada yg sopan. gahah. *simpan energi nak buat esaimen.

aku rasa hang cool tulis post nih.

burhan al-hilmi said...

aku rasa entri ni patut dikongsi.. rmai orang bole butthurt baca ni..

ambik gamba pandang atas, kembung mulut depan cermin sangat2 tak cool..

btw, good luck exam :)..

Dai said...

anne - aku rasa tak cool condemn2 orang gini. tapi mana nak tahan telinga bila orang mengata. -_-


burhan - haha tengs =)