Sunday, June 19

abah.

saya anak abah. =)

masa dulu kalau saya mintak apa-apa mesti abah beli.

cakap balik dari masjid nak milo ais, abah beli.
nak pergi mana-mana, ajak, mula abah akan buat macam seram satu badan. esoknya abah akan cakap "sapa nak ikut pi jalan cepat siap".
nak laptop, abah beli (tapi separuh kena tambah. haha =))


kalau orang lain abah jarang buat. sampai kalau dalam family, ada sapa-sapa mahu mintak something kat abah, mereka suruh saya. =)



surprise paling saya suka, kalau abah balik petang-petang beli cendol.



abah saya pun macam ayah orang lain, over-protective jugak. sebenarnya saya tak perasan pun, tapi member-member saya bagi tahu, abah saya memang menakutkan bila mereka jumpa. rupanya abah saya suka buat muka garang bila jumpa member lelaki saya.
sebab itu kalau raya, saya suruh datang, mereka tak tanya mak hang masak pa, duit raya berapa.
mereka tanya, "ayah hang ada kat rumah?"




sebab abah nampak saya suka rempit bila naik basikal, abah tak bagi saya ambik sebarang lesen kereta atau motor.
atau saya syak abah tak mahu saya asyik keluar rumah. =)


masa kecil dulu, abah yang akan sikat rambut saya. bila abah sikat, dia belah di tepi belah kiri, dan sikat rapat-rapat. mama saya selalu marah. "Jangan dok sikat rambut anak tu bagi jadi rupa lelaki, kang tomboi".

betullah tu kot? =)
sampai sekarang kalau saya malas sikat rambut, rambut akan terbahagi ikut belah yang abah buat mula-mula.




ini sangat membuatkan saya rindu abah.

6 comments:

nfdeeda_zubir said...

ramai jugak panggil abah ek ? selamat hari abah !
homesick lettew. heh

Dai said...

hahaha rindu je husna. =)

طالب الحب said...

ohh Dai ..
persis yg ko slalu cite kt aku ..
(kecuali part sikat rambut .. heheh)

Sorry, was not a good tuan umah 4 these few days .. huhu ..

epi Abah's day!

=)

Dai said...

=)

.::annemishi::. said...

woot.. saya juga anak abah.
nak pa2 mintak kat abah baru dapat.

XD

Dai said...

like... =)=)