Wednesday, May 18

Menjadi 21 : Soalan Lazim

Kenapa kau tak nampak macam umur 21?
Kalau aku nak terangkan kau kena bagi 10 slot lecture dan wajib ada buku Longevity, Senescene and the Genome oleh Finch. Coursework assessed by 2500 words essay to be handed on 3rd week.


Bila kematangan kau akan sampai?
Kematangan adalah sesuatu yang subjektif. Boleh tolong spesifikkan kematangan dari segi akal, fizikal, tingkah laku, atau rohani?
Kalau kau bercakap tentang kematangan tingkah laku, itu mungkin tidak akan berlaku. Sebab aku masih makan dalam periuk dan tengok Spongebob Squarepants.


Bila mahu daftar mengundi?
Aku sudah mula mengundi untuk parlimen UK 5 hari sebelum aku menjadi 21. Mengundi di Malaysia? Tengok dulu. Malas nak mengorbankan hari cuti.


Bila mahu kahwin?
Bila-bila ada orang datang meminang.


Sudah tua-tua ni tak adakah yang berkenan di hati?
Tak ada. Next!


Umur 21 ni dah pandai masak belum?
Tak ada orang mati lagi setakat ini bila makan masakan aku. Orang puji sedap adalah. Hohoho.
(maksudnya ya ya, bolehlah masak selain dari air maggi dan nasik.)


Bila nak makan nasik minyak kau?
Tunggu aku belajar masak menda tu. Next!


Amalan dah cukup ke nak masuk kubur?
Tak cukup. -_-


Bila nak berhenti jadi budak-budak?
Sudah, masa umur 13 tahun.





Nota kaki = cakap nak berhenti jadi netizen kan? Ok aku tipu hahaha ciaow!

4 comments:

.::annemishi::. said...

aku suka part makan dalam periuk.

lek aar.. kata orang bujang..
biasa aar angkut periuk letak atas meja,
jangan buat perangai camni depan mak mertua sudah. XD

yui92 said...

besz...haha..

i'm turning 20 next year..xsabar rsanya nak sebut umur sendiri dgn perkataan puluh

Faris 'Azim said...

hmmm....

still belasan....

Dai said...

anneh - makan dalam periuk banyak hikamhnya. selain mengekalkan suhu optimum makanan, penjimatan dalam menggunakan sabun dan air juga berlaku atas sebab kekurangan pinggan mangkuk kotor.

yui - bestkah? =)

faris - takpa, 2 3 tahun lagi paham.