Saturday, May 21

Luahan hati seorang makhluk yang nak exam.

Bila stress exam, makanan ruji kau setiap hari yang sememangnya sudah sedia ada menyedihkan menjadi tambah menyedihkan. Contoh, makan sehari sekali saja. Tu pun makan mash potato segera (macam maggi, letak air panas siap =)). Nak sedap bubuh garam sikit. -_-


Happy hour mat saleh yang membisingkan. Happy hour bukan yang kotor ye, harap mendapat maklum. Tapi yang bising nyanyi lalala lagu Wonderpets dan Spongebob Squarepants. -_- Dan kemalasan memasak ditambah pulak dengan bau masam beer yang kuat dari dalam dapur. Hampeh. Jadi duduk dalam bilik saja.


Tiba-tiba ada orang pos pasal kahwin (lagi) dalam FB. Mendapat idea merepek. Nanti kalau dah nak kahwin hantaran tak maw kasut-kasut, minyak wangi atau beg tangan mahal. Bukan pakai pun. Nak hantaran kamera DSLR boleh? Tambah Al-Quran senaskhah. Cukuplah. Banyak nak buat apa. - Ini tipikal bagi makhluk nak hambek exam. Otak saturated, nak givap dan terus nak kawin. Tipikal. Tipikal.


Dan tetibe jugak rasa sedih. Sayu sebab tak balik. Ditambah dengan benda merepek yang dimakan, makin sedih. Berani kau nak kutuk, kau try tengok jadi macam aku sob sob sob. OK sori sori joking only. =)


Hm, rasa tak patut pulak menyimpan benda-benda lama dalam kepala otak. Jadi ambil keputusan untuk meng'erase' segala benda yang tak sedap disimpan. Ampun ampun jika ada terkutuk terkata, saya memang satu makhluk yang asyik dok hingat jahat orang saja, baiknya orang tu takmaw hingat. Sekali lagi harap diampun. -_-


Risau baba sebab mutu essay tidak mencapai tahap! Dan risau sangat sebab sekarang study dengan lajunya tanpa niat lillahitaala, tapi niat lil'imtihan. Oi adakah ilmu itu akan terlekat di kepala otak? -_-


Sedih lecture Dr Allsop dah nak habih. Sesungguhnya saya tersangat suka lecturer itu, dan bahan-bahan pembelajarannya. Oh dan Dr Rosa juga, Zoo Blackpool memang best. Dan Dr Roberts yang sebijik macam member saya Nobi (Hoho nasib baik budak London tak baca blog) XD. Walaupun sesungguhnya menda yang diajar Dr Roberts (biochem) memang mengharukan hidup (salah diri sendiri). -_-


Kerisauan lagi, takut sangat tak perform dalam exam ini. Nak belajar Bio lagi, nak belajar Bio lagi.. -_-






Oh hi teacher! =)

4 comments:

طالب الحب said...

kan aku dah kata .. sekali kau x merepek, haha ..

lil'imtihan ? dush2 .. terhantuk kepala sndiri .. mari sama2 betulkan niat ..

wuaa, sedih jugakk !! mereka mmg best!! (hehe, wlaupun aku x pnah 100% terjaga dlm klas mrk) .. heheh ..

haha .. tp bile ko merepek pn aku nk nanges gak .. lg2 bab kawen tuh .. aku nk gak weyh dslr! tp mcm aku x guna gak je nnt .. kasik aku moto besar sebijik lah ganti dslr .. (over la pulak aku neh)

ok .. sambung blaja, lillahitaala insyaAllah .. jom jom jom !! =)

yui92 said...

ada la persamaan antara situasi kita skang ni..heheh ada exam gak.klu ko kene reseat dan xleh balik..so sama ada belajar lillah atau lilbalik...=p=p=p=p


doa2kan =p

.::annemishi::. said...

hantaran aku nak tafsir fil zilal satu. bleh belajar sama2 nanti.
ngeheh.

oh, gud luck exam. aku mampu doa jaa dari jauh. :D

Dai said...

zetot - haha sebenarnya aku agak merepek jugak ni. =)

moto besar? ooo apakah aku tak penah taw taste kau adalah sebegitu. -_-


yui - lilbalik?! itu adalah lil yg jarang didengar hohoho. xpa. niat tu boleh betulkan lagi, penting tu penting. =)


anne - hm aku pun tak terfikir yang tu. haha. tengs atas doamu. nanti hang exam habaq aku pulak. doa dari teman lagi mustajab dari doa sendiri, kan? =)