Sunday, May 8

Hangpa ingat UK ni besz sangat ka?

Post ini adalah response dari sini.


Hahaha memang best.


Ngehehe ini untuk menaikkan semangat budak-budak yang mengidam nak menjejak dan memperoleh segulung ijazah (cewah) dari UK. Anda asyik tanya macam mana UK? Nah sila baca.

Negara ini ada 4 musim. Common knowledge lah. Musim bunga, berbungalah. Bunga takdak lah sampai penuh tepi-tepi jalan sejauh mata memandang macam dalam filem hindustan. Dak dak. Yang tu hampa kena pi Lisse, Holland. Musim panas, taklah panas. Konon. Sebab kau dah biasa dengan kesejukkan UK maka bila suhu 15 degree dah mula mengipas-ngipas sambil "owh, panasnye, macam mana orang Malaysia tahan sampai 27 degree?". Ini mungkin bunyi seperti melampau dan rasa macam nak hawin tangan bagi kat muka, tapi, inilah yang terjadi akibat 'pengmat-salihan' pelajar-pelajar Malaysia di sini. Kalau aku pun 20 degree rasa nak pengsan. Kalau luruh, mungkin kau yang moodnya bergantung kepada cuaca akan turut depressed. Semua jadi kelabu. Langit kelabu. Pokok kelabu tanpa daun. bangunan kelabu tanpa cat. Orang putih pun pakai baju kelabu. Bila musim sejuk, budak-budak 1st year biasanya akan menunggu salji turun. Ada lah akan turun 3-4 hari dalam satu musim tu. Sekali lagi, musim sejuk tidak bermakna seluruh bumi tertutup salji. Kadang-kadang je ye, sila ambil perhatian.


Ha baju. Engkau kalau nak tinggal di sini buat masa panjang bawaklah baju dari Malaysia nun. Baju hari-hari yang kau pakai pun cukup. Tak perlu nak beli baju sejuk tambahan atau apa. Tak payah. Bawak la sweater 1 2 untuk bekalan sementara. Sebab bila kau sampai sini dan pergi shopping kau akan menyesal beli baju sejuk mahal-mahal dari Malaysia. Bawaklah T-shirt banyak-banyak. Sebab di sini T-shirt entah hapa-hapa mahal gila. Dan kasut, for your information, sini murah dan banyak pilihan. Kalau nak bawak juga kasut, bawaklah selipar jamban dan kasut sponsor kau suruh pakai di airport. Cukup. Sebab bila datang sini aku terus terliur tengok kasut Nike. Nike di Malaysia bapak mahal. Sini orang miskin pakai. Ngahaha. Segala mak nenek sarung tangan ke topi salji ke skaf ke tak payah. Kawan aku beli sarung tangan di Malaysia sampai seratus lebih. Sini 1 pound dah boleh dapat. Ah.


Satu fakta yang kadang-kadang budak Malaysia di sini pun boleh tak tahu, UK ni besar dia lebih kurang Malaysia ajo. Yes folks. Negara penjajah ini lagi kecik dari Jepun. Public transport setakat yang aku tahu ialah train dan bas kalau kau nak jalan jauh-jauh. Aku benci naik bas sebab menegangkan urat kepala hotak aku, jadi aku selalu naik train. Harga train kena pandai cari. Kalau kau dapat murah, murahlah. Kalau dapat mahal pandai-pandailah cari jalan. Kalau standard harga dari kampung Lancaster ni ke London, dalam 50 pound tiket pergi balik. Tapi selalu aku adjust tinggal 25 pound macam tu ajo. Sekali lagi, pandai-pandai lor. Aku suka menyebut train sebab kalau disebut keretapi, nanti akan dibandingkan dengan keretapi Tanah Melayu pulok. Langsung lain standard. Kalau keretapi Tanah Melayu ianya murah dari bas, tidak selesa, berbunyi kuat, bergoncang-goncang, lembap, kelabu, dan memeningkan kepala, train Tanah Penjajah ini lagi mahal dari bas, selesa, laju, smooth macam naik kapal terbang, berwarna warni, dan bestlah. Mungkin fair kalau aku cakap dia up sikit dari taraf koc wanita komuter di Malaysia (ok sekali sekala ja naik komuter sebab sekolah semua dalam hutan). Kalau naik kereta, di sini jarang ada traffic jam dan kereta pun jarang yang laju. Dan kalau kau berhasrat nak membeli kereta di sini, sila pastikan ada lesen dan fulus yang banyak. Sebab sebelum dilepas balik Malaysia kereta kau perlu berada di UK selama 9 bulan at least. Jadi perlulah kau memikir juga kebajikan kereta kau di UK. Makan minum (gas petrol), tempat kediaman (parking yang kena bayaq) dan keselamatan (Insurans). Sini pun orang pecah kereta what.


Kalau transport dalam city ikutlah. Kalau city besar (ie London Glasgow) ada bas underground train taxi dan basikal. Pilihlah mana larat. Kalau Manchester ada tram (Hihihi aku belum pernah naik) dan kalau kecik macam Lancaster baik jalan kaki ajo. Kidding kidding. Lancaster ada bas. Di sini jarang ada orang naik motosikal, jangan buat gilo sejuk-sejuk pergi merempit. Kalau ada pun waktu panas teriklah. Tapi ada saja orang yang hardcore kayuh basikal tengah salji selama sejam. =)


Kalau waktu solat, biasanya akan berubah dengan ketara. Contohnya, kalau musim sejuk, Subuh mungkin habis pada pukul 8.30 pagi, dan Maghrib masuk seawal pukul 4 petang. Musim panas pula, Subuh boleh masuk seawal jam 2.30 pagi dan Isya jam 11 malam. Jadi sila kira bilakah 2/3 malam untuk qiam. Heh. Tambah kalau budak Bio yang melambak-lambak laboratory session, memang terkejar-kejar jugok nak sembahyang. Hoho. Pahala pun mula banyak. =)


Selalu cerita dongeng yang didendangkan ialah budak Malaysia di UK balik semua kurus tak cukup makan. Cis. Muhong belaka. Makanan Malaysia memanglah payah kau nak cari, tapi makanan halal BANYAK gila. Diulang. BANYAK gila. Kau pergi supermarket (Sainsbury's, Asda, Tesco, Aldi etc) kau cari ajo menda Vegetarian. Melambak-lambak. Nasik tu takyah risau ler, banyak. So toksah dok bawak beras dalam luggage tu. Sini siap beras Basmati yang panjang-panjang tu murah. Kalau kau nak petai ke serai ke daun pisang ke, pergilah ke kedai makanan oriental. Boleh dapat. Maggi pun ada. Kicap Kipas Udang dan sos cili Maggi juga boleh didapati di sini. Kalau nak bawak juga makanan bawaklah serbuk cili, kiub sup, tomyam paste, ikan bilis. Bila musim sejuk, kau akan lapar sokmo jadi makan pun banyak. Bagi yang duduk ramai-ramai dan ada giliran masak-masak, anda akan cepat jadi debab. Bagi yang duduk bujang dan pemalas pula seperti aku, maintainlah begini. Ok aku tipu sebab aku selalu pergi makan di rumah postgrad, aku pun dah debab sikit. Weeeee~~~~~


Sebab sebelum datang ada terpikir yang 'kalau aku duduk dengan Malaysia ajo haruslah English aku tak berkembang, dop?' aku pun mengambil keputusan tinggal bersama Mat Saleh. Ya berkesan. Tapi takdoplah jadi kebabom wah very bombastic yeah? punya English. Slang tu adalah sikit (cewah, rasa macam nak lempang diri sendiri dengan ayat ini) dan kuranglah frequency gagap dalam setiap ayat itu. Cuma kau kena tahanlah tinggal dengan Mat saleh bhai. Tandas. Ya mat saleh tak suka tandas dia basah, sebab (i) rumah dia mostly dari kayu. So kalau lantai basah lama-lama rosaklah kayu itu, dan mungkin tandas yang selalunya di tingkat 2 boleh roboh. Ya, tab mandi tu boleh jatuh. (ii) dia tak basuh pakai ayaq sebab kalau winter tuudia ayaq dia gila macam ayaq peti aih. Ce ko try basuh pakai ayo aih. Nak menjerit ke idok. (iii) masuk toilet pakai kasut. kalau berair jadilah lantai tandas itu kotor bergeleman. Jadi mat saleh geli sebab kasut selalunya dipakai walaupun ketika tidur. Make sense? Dan dapur. Mereka mana suka basuh pinggan dowh. Serajin-rajin flatmate aku, pinggan mangkuk kadang kala masih tertimbun. Peti ais bercampur-campur barang kau dengan orang. Ya, makanan akan bercampur dengan arak dan babi, i know what is in your mind. Jadi kau harus mengambil langkah proaktif dengan membungkus barang kau dengan elok. Dan menjadikan aku lebih pemalas mahu masak. Hahahaha. Juga kena tahan dengan pesta dangdut mereka malam-malam. Kalau duduk dengan budak Malaysia saja, tak merasalah, idok?


Di sini masa sangat penting. Kalau kau datang lambat lecture bersiap sedia untuk diusha secara pelik oleh seluruh manusia di dalam lecture theatre itu. Walaupun hanya lambat 1.32 minit. Kalau kau lambat naik train juga pasti terlepas, pintu dia cuma terbukak 2 minit ajo. lepas tu calo.


Dan berlainan dengan penjual barangan di Malaysia yang kebanyakannya penuh dengan tipu daya, di sini jarang ado. Kalau ada boleh buat report polis, dan nescaya akan disabitkan kesalahan. Heh. Pakcik-makcik yang jual barang kadang-kadang sangat nice, selalunya dia akan panggil kau 'love'. Itu bukan pervert ye, harap maklum. Kalau kau rajin bagilah sekuntum senyuman dekat dia, pastilah dia menghargai sebab remaja mat saleh hanya suka bagi senyuman kepada gadis/jejaka hot, dan tidak memandang mulia kepada orang tua. =) Kalau nak berkawan dengan mat saleh no hal, no problem tapi kalau nak berkongsi masalah tak payahlah kot. Basically kalau kau ada problem mereka akan cakap "come on, i'll treat you to a drink. drunk yourself, then find a few dudes/chicks to sleep with and you'll be fine". Tak semua, tapi well, kisah benar. =) Dan kalau kau tak biasa join orang mabuk bersembang, plis jangan, sebab kau juga akan mabuk semacam walaupun tak minum. -_-


Di sini kadar jenayah agak kurang. Walaupun filem mereka jenayah macam badass, tetapi umat mereka tidaklah sebegitu. Kes kecurian mungkin banyak. Sebab banyak pickpocket. Dan jenayah racist. Itu kalau di London kau akan jarang jumpa. Tetapi di tempat-tempat terpencil ada juga. Nasihat aku kalau kau terjumpa orang-orang keparat racist, buat bodoh ajo. Kalau ada perempuan tua datang marah-marah kau masa nak naik train, buat-buat tengok sebelah lain. Kalau ada mat saleh tetiba maki kau sambil memecut deras dalam kereta, buat-buat tangkap gambar. Kalau ada lelaki mabuk ludah muka engkau tengah-tengah malam, jalan buat dono. Kalau ada kawan mabuk kau yang teranggap kau orang Cina dan tetiba bukak kungfu Jackie Chan depan kau, sila gelak kuat-kuat.


Di sini nasihat aku lagi, jangan gedik convert duit ke Ringgit Malaysia. JANGAN. Kalau kau buat kerja tu sila tenyeh diri sendiri. Tapi pada-padalah. Takkan durian 7 pound sekilo (yakni 35 hingget) pun kau nak kata takpa. Kalau teringin sangat, haih, ambikla ambik. Di sini sememangnya kau akan terkejut dengan diri sendiri, bila kau mula pakai produk L'oreal Paris. Sebab itu lagi murah dari produk dari Malaysia yang lain. Bedak Silky Girl mana ada. Revlon ada la. Sabun pun guna Estee Lauder sebab ada promotion (okay sebenarnya aku ni buta brand. so kalau comparenya salah harap diampun). Baju pun hamek Dorothy Perkins, Mango, Next, Petite, FCUK bagai (actually aku dapat dekat Carboot Sale ajo hehehe). Kasut yang meneliurkan aku ialah Nike. Tambah kaki aku yang hanya bersaiz 4 melayakkan aku membeli kasut Nike Jr. Ha lagilah murah. Setakat hari ini kasut dah ado 7 pasang, termasuk but salji dan but kulit - hambek. Bunyi perenggan ini sumpah macam merosmah-mansurkan duit. Padahal barang second hand semua. Heh. Ha aku baru teringat ada orang cakap kat aku sebelum fly, barang tak ori (yakni made in China) tak boleh lepas imigresen. Aku nak sekeh orang itu. Barang branded UK memang mostly made in China ponnnnnnn. Tak China, Cambodia. Takpun Vietnam. Cis sakit jiwa gua.


Okeh ini pasal carboot sale. Pernah dengar term ini? Aku pergi carboot sale mula-mula dah jadi macam orang gila. Semua barang murahhhh~~~~~~~~ gilo. Cuma kena pandai cari. Sini mat saleh yang berasa barang mereka yang dah takmaw dipakai akan menjualnya macam di pasar malam. Segala mak nenek ado. Antara hasil tangkapan aku dari carboot termasuklah roller blade basikal gitar baju (banyak gilo) sudu garpu mainan PS2 Uno teddy bear kasut coklat blender cermin hula hoop buku harry potter beg and the lists goes onnnnn~~~~. Melambak. Dan kalau kau rasa carboot sale payah sangat sebab terpaksa menyelusuri orang dan anjing ramai maka bolehlah ber-ebay. Amaran - Kejadah ini sangat addictive. Jangan dok kerja bukak menda ni ajo. Sebab walaupun buntut kau tak lekang dari kerusi banyak duit boleh habis dengan beronline shopping.


Kalau sakit don't worry. Dengan terdaftarnya kau sebagai student uni di UK maka kau akan mendapat Health Service free. Yang ni aku taktaw sangat. Cuma kena tunjuk kad NHS Health Service. =)


University aku takmaw cerita. Panjang sangat jadinya nanti. Kalau nak tahu pasal uni patik sila ke sini. =) Khas ditulis oleh Kakak Zetot untuk junior tersayang. (Hah dah amek ni haa).


Okeh pasal circle. Honestly aku tak ikut mana-mana cirlce pun, cuma ikut yang postgrad buat 2 minggu sekali. . Bak kata kawan aku, dia kata aku ni bajet terer la bab-bab ni konon takmaw ikut. Haha cis. Mana ada. Menda bagus tapi aku tak approve dengan cara perlaksanaan dia. Itu up to kau, sama ada kau nak join atau tak. Diri tu dah umur 20-an, beringat la sikit. Takkan umur dah tua bangka nak kena ikut senior macam zaman sekolah. Kalau join sila join dengan hati yang menginginkan ilmu dan bukan sebab senior suruh dan 'ouh tak berani nak cakap taknak join sebab takut melukakan hati senior yang baik hati'. Ini nasihat yang aku turunkan dari senior aku yang sumpah cool gila. 'Anggap ja diorang buat baik tu tak mengharapkan balasan. Kau senang hati, dan husnuzhon dengan mereka'. Kalau kau tak join, hah silalah bersusah payah mencari ilmu itu tanpa bantuan orang lain.


Melancong. Yang ini bunyi macam best. Melanconglah sangat. Dalam konteks sebenar ini didefinisikan sebagai 'sengaja menyusahkan hidup planning banyak-banyak, membelanjakan sejumlah wang untuk mengambil sedikit gambar dan memeritkan perasaan di tempat orang semata-mata mencari sekelumit pengalaman'. Aku tak tipu.
Untungnya pelajar UK di Malaysia, visa UK boleh digunakan untuk masuk ke mana-mana negara Eropah tanpa perlu membuat visa lain. Jadi kalau berangan mahu pergi Macedonia atau France atau Croatia, boleh. Sebab ada sesetengah kawan aku dari negara lain yang memang kena buat visa khas untuk masuk ke satu negara lain. Jadi yeah.


'Hujan emas di negara orang, hujan batu negara sendiri'
Aku cop hujan emas. Hahahahaha.


KThnxBai.



Kalau ada apa-apa yang tak puas hati dan ingin bertanya sila tempek di wall. atau mesej. =)

21 comments:

Faris 'Azim said...

kedengaran seronok dan bersemangat.....
serius nak p!

Dai said...

baik, semoga dapat program PPc itu. =)

yui92 said...

hahaaa...the very different air....

tp mana2 pun yang pemting belajaq tu mau ok..baru boleh balik berbakti kpd negara..heheh

Dai said...

well said, well said. baguih junior kami ni. =)

طالب الحب said...

"University aku takmaw cerita. Panjang sangat jadinya nanti."

Part yg ada aku ni la yg ko xmaw cite kan ??

=p

Dai said...

Peh. masalahnya part tu kau dah tulis panjangggggggggggggg dalam jom tu. yela2 aku tempek link kat situ. -_-

Farrah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nina Mazlan said...

kak daiiiiiiiiiiiiiiii....

bestnya dpt pegi UK.nak pegi jugak :D

Dai said...

harus datang. buat elok2 ye? =)

kash berimbun said...

dai, awat panjang sgt post? gua baca 2 line ja. pastu terus komen. hahaha

Anonymous said...

First time drop by kat blog ni mule2 ingatkan org laki yg tulis , tetibe "Tambah kaki aku yang hanya bersaiz 4 ", kah3, pompuan ghupenye.~samelah kiter .hihihi..nice posts!

Dai said...

Haha draf novel. penerbit cakap xboleh publish. tak laku. so aku publish la sendiri. tu yang panjang.


Ouh adakah terkantoi di situ? hehe. =)

Muiz Nasrallah said...

Best gila entri ni. Kasut belly murah tak?

Dai said...

Erk clarks? Boleh tahan la, kalau ada sale. Kalau xdak sale, em, okla murah lagi dari di Malaysia. =)

kunurulizzah said...

bab kena maki tiba2 n buat2 tangkap gambar tu serius first time..
nway, nice post!

Dai said...

precious kot yang tu. kluar dgn kau baru boleh dpt. hehe. =)

pooyuh said...

suka2....dapat gak tumpang pengalaman ang...nak p sendiri memangla xtau bila...huhu...gudluck n t8 care dai..('',)

Madmie said...

sukanya! :D :D :D

najwa's mom said...

happy birthday semalam ya dai....


:)

NURHIJJAH MAHYUDIN said...

How about auat there? Duduk 1 rumah dgan non muslim ka? Tajaan apa ni?

NURHIJJAH MAHYUDIN said...

I mean aurat