Wednesday, May 25

'hang grad overseas balik jadi cikgu JA??!'

Tadi saya telefon abah. Macam biasa, abah jawab telefon sambil merepek-repek.

Kalau saya sembang dengan ayah saya akan masuk dalam 2 mode : Mode merepek dan mode perbincangan topik serius. Jadi boleh agak perangai saya ikut siapa.


Abah cerita, 'masyarakat sana mana ada pandang-pandang orang ikut darjat. Kalau orang sini, tukang rumah ka, konstabel ka, cikgu ka, orang pandang sebelah mata ja. Cuba kalau engineer, doktor, panjang ja "oooooo" dia. Haha.'

Betul.


Sebab itu masa saya terima saja biasiswa kementerian pelajaran, macam-macam reaksi ada. Paling dominan, reaksi seperti tajuk di atas.


Kalau tambah dengan tone dan nada, orang yang tak tahu perkataan 'cikgu' tu maksud apa mesti tersalah anggap yang 'cikgu' adalah satu kelompok yang sama dengan pengganas komunis dan perompak mesin ATM. Atau penyimbah acid random bermotor.

Suku kata "JA" sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.

Selalu saja keluarga saya kena. Pernah diperkenalkan dengan ayat 'mak bapak dia kerja tukang rumah dan kerja kilang JA.'

Peh.



Masa saya grad dari kolej dulu, abah saya excited nak datang, sebab pertama kali datang majlis graduasi anak (ya, zaman sekolah saya tak pernah ada majlis graduasi T_T). Berperang-perang di rumah sebab abah excited sangat, sampai pergi beli baju batik baru. Tapi yang menjadi masalah sebab abah beli baju batik tu di kedai bundle, dan baju batik zaman 60-an itu berwarna lusuh dan coraknya menyerupai karpet rumah saya -_-

Saya tidak kisah pun, tapi adik saya gelak-gelak sambil cerita 'sebijik macam karpet lama kita hang taw dak. Mama suruh tukaq, tapi abah cakap dia takmaw mai kalau tak pakai baju tu.' Adoi. -_-

'Tapi abah tak segan yang tu. Dia cakap dia segan kereta dia tak besaq-besaq macam kereta mak bapak kawan hang. Dia takut hang malu.' Adik saya sambung.


Meh, abah saya memang macam tu. Bukan dia tak tahu saya bukan jenis ambil kisah. Persetan segala kereta dan kerja. Yang penting abah saya cool gila.





Betul, UK tiada diskriminasi siapa bos dan kuli. Orang akan hormat even kalau kerja driver bus sekalipun.


Jadi adakah masyarakat kita nak salahkan penjajah (lagi) kenapa mereka jadi begitu? Sebab kalau ikutkan penjajah bangsa sendiri mana ada yang jadi kuli, kan? =)

19 comments:

madihah, said...

gaji kecik takpa,keta kecik takpa..baju lama takpa,keta lama xpa..yang penting jiwa besaq!..n semangat baru!..hatlen tuh suma donia JA=)

Faris 'Azim said...

hmmm,,, betul tuh,,,,
mmg pemikiran masyarakat cam tuh....

"apa guna doktor kalau tak dak cikgu?" betoi dak?

Dai said...

madihah - suka gila hang punya 'donia JA' =)=)


faris - betoi betoi. tapi masyarakat memang suka judge tgk kerja, tgk gaji, tgk harta. -_-

Madmie said...

owh nasib kita sama la dai oii... nanti dah habeh kontrak kita sambong keja kat europe jom..hehe =))

طالب الحب said...

topik yg common .. yet so true ..

siapa manusia nk judge manusia lain? ngaa ...

Aku baca sambil teringat perjalanan nk ke Blackpool Zoo?

lalala ~~

Dai said...

madmie - haha buleh jom2. tapi kalau hang nak kerja kat france aku stay lah kat uk. haha


zetot - ada terlintas sikit. tadi. haha

yui92 said...

bak kata fynn jamal

baju ronyok tak apa asal pakai selesa...

karpet pun xpa janji cool =p=p=p

miss my dad too (komen yg lari dari tajuk perbincangan)

Hfz A. said...

haha itu kita mauuu.
persetan semua yang nonsense bhai!

tan said...

syok baca blog post mereka yg berotak luar dr kepala

Dai said...

yui - haha betul. ni efek sebab rindu abah. =)

mochi - aku figure persetan tu dari header blog ko la. =)

tan - terima kasih. fikiran kita kadang-kadang tak perlu asyik nak seragam, kan? =)

suffiakmal said...

PI CAKAP KAT DIA. CIKGU2 JA PON AKU PI OVERSEA. ANAK HANG ADA ? TAK DAK PON. CAKAP MACAM TU. SURE DIAM TERUS !

Husna Ismail said...

nice post bro!

Dai said...

suffi - hehe kita takleh pi cakap lagu tu kat dia, kalau mcm tu kita pun sama ja mcm dia. =)

husna - rite tengs. =)

izzahku said...

dai, aku rasa abah kau sgt cool..manusia yg besar jiwanya,kalau berjumpa ngn dia,mesti byk benda yg boleh bincang.. :)

kamilah said...

kalau xda cg sure yang tukang cakap xleh ngaji tinggi...

nice!

tu pemikiran sempit org melayu...
pedulikan je..

Anonymous said...

Aslm

Di UK ada diskriminasi. Pernah terjadi pada saya, masuk kedai Harvey Nichols & Ted Baker. Tak layan & bertegur sapa langsung tapi kat mat & minah salleh sebaliknya. Yang non-whites rata2 kerja yang macam mana.

~HuSnA ZuBiR~ said...

nice~

Dai said...

izzah - tengs. =) tapi kalau ko bincang dengan dia kena tahan jugak. byk jugak loyar buruknya hehe =)

kamilah - terima kasih. =)

anon - saya maksudkan di sini adalah bangsa mereka sendiri. tapi saya cadangkan, cuba mula dulu perbualan. sebab mereka memang macam tu dengan orang asing. =)

husna = tengs weh =)

tan said...

yup :)