Wednesday, May 18

Expectation.

Kadang-kadang, orang suka judge orang lain ikut style. Atau muka. Atau fizikal.



Saya ada kawan. Kawan baik. Orang selalu pandang dia macam budak jahat.

Bila saya mula kawan dengan dia, semua orang pelik.
Orang tanya, kau macam baik, kenapa kawan dengan dia?

Well it turn out sepanjang kami kawan dia lagi baik dari saya. At least dia tak pernah cakap orang bongek. Atau mencarut maki-maki dekat orang.
Sebenarnya saya selalu pau dia. Tapi dia tak pernah mintak balik. Tapi bila dia pau saya, saya mesti mintak balik duit.

Ok saya memang kedekut sebenarnya.




Pernah saya satu kelas dengan seorang mamat. Pandai sangat. Famous satu Malaysia.

Dan dia selalu kena target dengan orang. Kesian saya tengok.

"Alah tak apa kita tak dapat A. Budak pandai Malaya pun tak dapat A subjek ni."
"Orang genius pun tengok kartun ke?"


Come on. orang genius pun orang. Budak pandai pun budak.




Saya tak suka letak expectation sebelum saya kenal atau alami sesuatu. Itu lebih exciting, kan? =)

2 comments:

yui92 said...

like bello and edward...sadly things don't turn out to be well....

sad...

Dai said...

takpa bello. kalau terbukak hati edward, nanti baiklah. kan? =)