Thursday, April 28

Tidur Dalam Kelas

Dulu saya adalah seekor budak yang kaki tidur dalam kelas masa sekolah. Hampir setiap waktu tidur. Asalkan masuk kelas tidur. Prep petang pun tidur. Prep malam sebab pergi merepek, jadi tak tidur.


Waktu yang paling hardcore saya tidur, Additional Maths, Maths, dan Physics.


Hanya 2 subjek sahaja yang saya takkan tidur. English dan Bahasa Melayu. Walaupun pernah juga tidur 2 3 kali. Atau lebih.

Yes people. I even closed my eyes in Biology. Automatically.





Senarai Taktik-taktik Mengelak Tidur yang Gagal

1 - Menyuruh kawan mengurut tangan atau belakang, supaya lebih segar. Fail. Lepas kena urut saya rasa lagi sedap mahu tidur.

2 - Menadah tangan, membaca Al-Fatihah lalu disapu ke seluruh muka. Fail. Kepala otak saya tersalah anggap saya membaca doa tidur.

3 - Mendengar MP3 sambil dengar cikgu mengajar. Sedikit berjaya tetapi fail. MP3 kena confiscated dan dihukum mendengar leteran sebab buat benda salah walaupun diri sendiri adalah ketua disiplin.

4 - Keluar ke toilet untuk membasuh muka. Lagi fail. Walaupun di toilet berasa segar tetapi apabila pulang ke kelas terus mengantuk. Tidur lagi.

5 - Mengkulum gula-gula. Juga fail. Saya beberapa kali telah mengkulum gula-gula ketika tidur. Ok tak betul. Banyak kali.

6 - Minum air dan apabila rasa mahu terkencing, tahan. Fail. Saya boleh tidur dengan keadaan bladder nak pecah sekalipun.

7 - Tidur awal. Fail, sama saja kalau tidur pukul 4 pagi pun.






Ahh, sweet old days... (Not!)


Tahap tidur yang sangat melampau, sampai bila saya beritahu cikgu-cikgu saya akan ke UK, cikgu-cikgu semua ragu-ragu, "boleh ke awak tahan tidur nanti?"

Ada saja cikgu yang berjaya menyelesaikan masalah tersebut, dengan membawa kami ke bilik berhawa dingin semasa kelas. Nice solution.




Tapi bila masuk kolej saya jarang sangat mengantuk. Baru faham kenapa. Sebab di kolej kelas sejuk, air-conditioned, jadi saya juga jarang mengantuk. Banzai untuk itu. Hoho.



Okay you want scientific explaination? Ceni. Bila panas capillary darah semua pakat dilate, sebab nak mengurangkan suhu badan. Bila dilate maka kuranglah darah yang sampai ke kepala otak, mata serta jantung. Maka berkuranglah oksigen yang sampai ke dalam cell, menjadikan produktiviti jatuh menjunam dan mengantukkan para pelajar. Last-last BAM! Tidur la.

Make sense?


Tapi ada setengah orang yang tidak mengikut pattern ini. Understood. Orang lain-lain kan? So to the fact saya dapat pergi UK negara sejuk beku ini, saya ucapkan Alhamdulillah. Walaupun sekarang pun still bangun lambat setiap hari.

Setiap kali lecture saya dapat menangkap apa kejadah yang lecturer saya cuba nak cakap kepada kami semua. =)



Kepada anda yang masih stuck dengan masalah yang sama, find your own solution, will you?

5 comments:

Aaroniero Arruruerie said...

kehkeh. tapi aku lam dewan kuliah sejuk petala antartik pun BAM gak cemane? adeiii

Dai said...

HAHAHAA yang tu aku tak sempat research lagi wey.

yui92 said...

i know about the dilation stuff... so kalau suhu rendah mmg kurang tidoq la ea?


sdg mngahadapi masalah yg sama... oh patutla sjak2 balik ni msir panas gilaa so mnagntuk la kot =p

Faris 'Azim said...

menarik neh, boleh diaplikasikan.... tq for sharing..

Dai said...

=)