Saturday, April 23

Cerita Orang

Bila kau selalu keluar jalan-jalan kau akan jumpa banyak orang. Ada yang pleasant, ada yang baik gila dan ada jugak yang macam tahi.




Situasi 1. Amsterdam
Saya terpecahkan sebijik fridge magnet di sebuah kedai di Flower Market. Pakcik yang jual melaung dari dalam kedai, 'thank you' dengan nada lembut. Seorang pekerja dia datang, mintak benda pecah itu dengan muka ganas. Saya pergi dekat pakcik thank you, cakap saya nak beli yang pecah tu, dan cakap 'i'm soo sorry'. Dia jawab, 'it's okay, you're a Malaysian girl,' dan bagi saya magnet lain yang baru.

Tempat kejadian (lebih kurang).



Situasi 2. Lancaster
Saya sedang berjalan dengan beg besar di tengah malam, sebab bas nampaknya tiada pada bank holiday orang UK. Ada dua orang mamat yang lalu dari arah bertentangan bila melalui sebuah pub yang agak common. Tiba-tiba seorang mamat ini meludah ke muka saya, sambil berkata 'pure death'. Entah. Nak kata mabuk tak jugak. Dan kalau mabuk tentulah ludah dia takkan kena tepat pada muka saya, kan?



Situasi 3. London
Bila pelajar Malaysia di London lapar, selalunya kantin MSD akan menjadi pilihan. Jadi sebab murah dan dekat, saya dan Zat pergi ke MSD. Dan biasanya MSD akan dipenuhi rakyat Malaysia lain. Saya nampak 3 orang pakcik sedang melepak di luar sambil merokok. Mereka tersenyum melihat kami, sambil salah seorang bertanya 'Nak makan ye?'. Saya tersenyum dan mengangguk. Sejurus kami berlalu dengan membawa beg Primark masuk ke dalam, seorang pakcik berkata 'budak-budak ni dapat duit sponsor enjoy la...'. Haha pakcik. Primark je kot.

At least kami tak beli durian.



Situasi 4. Paris
Saya dan rakan pergi ke Disneyland. Dan kami secara tidak sengaja menggunakan tiket Underground (1.70 euro), dan bukan tiket keretapi (6.60 euro). Dan bila tiba di sana, tiket perlu discan sekali lagi, jika tidak tak boleh keluar. Jadi kami gelabah mencari mesin tiket, dan dalam kegelabahan, ianya tidak dijumpai. Tiba-tiba seorang makcik tukang sapu French menyapa kami dalam French dan menunjuk-nunjuk ke arah satu gate yang terbuka. Kami yang lega, terus mengucapkan 'Merci' kepada makcik sambil tunduk gaya Jepun penuh hormat. Selepas itu lari dengan pantas melepasi gate itu supaya tidak ditahan.

Berjaya masuk ke pintu pagar Disneyland tanpa disaman.



Situasi 5. Birmingham
Saya Ashiela Manaf serta Ku Nurul Izzah sedang berjalan ke arah hentian bas, dan dalam perjalanan kami berhenti sebentar di sebelah jalan raya untuk mengambil gambar permandangan. Tiba-tiba sebuah kereta merah laju berlalu di tepi kami, sambil seorang penumpang di dalamnya mengeluarkan kepala dan tangan sambil menjerit-jerit mencarut kepada kami. Kami yang tidak faham motif mamat tersebut, terus buat bodoh dan menyambung aktiviti mengambil gambar kami yang terbengkalai.

Semasa ambil gambar di atas.



Situasi 6. Brussels
Seperti biasa, kami sesat lagi apabila cuba mencari hotel yang patut didiami. Seorang pakcik sedang membawa anjingnya berjalan-jalan tersenyum dari jauh memandang kami. Kawan saya agak cuak melihat pakcik itu, 'dia nampak macam suspicious'. Saya menghampiri pakcik tersebut dan bertanya alamat hotel, dan pakcik itu dengan semena-mena berasa excited. Beliau menyuruh kami mengikut beliau dan selepas 15 minit berjalan, pakcik itu menunjukkan sebuah bangunan dengan nama hotel kami di situ. Sampai ke pintu pagar pakcik itu dan anjingnya menghantar kami.

Sesat di sini.



Situasi 7. Volendam
Saya dan beg yang besar bertungkus-lumus melintas jalan supaya tidak ketinggalan bas. Kawan saya yang sudah berada di dalam bas menunjukkan tiket bas yang sepatutnya sudah tidak boleh digunakan, kerana tiket itu adalah untuk semalam. Makcik pemandu tersedar, 'Oh this is yesterday's ticket.... Never mind, just get in'. Saya sampai di pintu bas sambil terkial-kial mahu mengeluarkan tiket saya, dan makcik pemandu berkata 'Just get in, the bag looks heavy,' sambil tersenyum. Saya senyum kembali sambil mengucapkan terima kasih dan mengheret beg masuk ke dalam bas.

Volendam





Bonus: Tulip yang sekarang membuatkan saya hampir termuntah jika ternampak di mana-mana. Enough with the tulips for 5 hours straight.






Oh sekarang sudah pukul 8.40 malam. Tapi masih terang benderang.

10 comments:

burhan al-hilmi said...

situasi 2 sngt menakutkan..

situasi 4 aku pernah alami jugak, tapi perjalanan aku dari city centre ke airport..cari gate kosong terus lalu :p

yui92 said...

ohhh ptut la kak dayah xupdate blog... sebok bejalan rupanya =p


those are very nice... never see all those colours here in egypt.. always brown, pale brown, dusty brown, brick brown, grey for road and blue for sky.... no clouds.. agak =(

Dai said...

burhan - situasi 2 agak frustrating senanye. huhu. penah alami situasi 4 kat UK? wow. pelik. UK kan strict. -_-


yui - aaawww..... xpa2, kalau ada rezki mai la sini. kita jalan tempat warna warni, ye? =)

burhan al-hilmi said...

of cuz x..situasi 4 tu aku alami kat paris jugak la..ingat kau sorang je ke pegi paris :p

Dai said...

peh mne de.. aku ingat kat uk. yela2. ko pun pnah gi paris...

_faris 'azim_ said...

besnya jalan...
nak ikut!

yui92 said...

promise ea...huahuahua

Dai said...

faris - haha jom!


yui - yeah, asalkan datang sini dulu. =)

kni said...

situasi 5 tu pengalaman kut..nasib baik aktiviti selepas tu best..apa khabar coklat 1kg? ;)

Dai said...

Haha coklat 1 kg tu untuk bday orang. Tgl kat diri sendiri zero. Haha