Friday, March 25

Ya, gua tengah bagi motivasi kat budak-budak frust SPM

Okeh gua cakap sama adik-adik, SPM bukan penentu hidup. Menda tu cuma jalan lurus nak ke depan. Kalau adik-adik belok sikit pun no harm kan?


Gua tak guna kata ganti diri saya atau patik sebab gua tak mahu bunyi macam pakar motivasi, okeh?

Gua pun bukan spesis yang perform sangat mula-mula dulu. Tido dalam kelas la. Time internal exam teruk je. You see adik-adik, gua spesis keras kepala. Jadi gua ada attitude to want to say "to your face!" kat orang yang gelak atau leceh-lecehkan gua.



Dapat nombor 4 masa darjah satu
Masa kecik-kecik gua dah nerd. Dari tadika asyik dapat top in class. So bila naik darjah 1 masa mid exam gua dapat nombor 4 dalam kelas. Cikgu gua cakap, sebab depa pandai depa dapat nombor 1. Gua rasa macam cikgu cakap gua bodoh, so tak boleh dapat nombor 1.
Lepas tu gua tak bagi sapa-sapa potong takhta gua sampai habis sekolah rendah.

Kena reject MRSM
Target semua nak masuk sekolah best. So gua tunggu gila-gila offer MRSM. Sampai 4 bulan woh. Lepas gua dapat taw dia reject gua terus mengamuk. Lepas tu gua berazam jangan harap gua nak apply MRSM lagi bila gua dapat straight A PMR. Bila gua dapat straight A gua nak gelak kuat-kuat kat MRSM, sapa suruh kau reject aku! Ya gua dapat 9A PMR, dan bila parents gua suruh apply MRSM terus gua mereject balik MRSM. 

Trial SPM
Gua dapat 3A ja honestly. So budak-budak yang dapat banyak A boleh apply Petronas scholar. Sekali lagi gua bengang, sebab gua memang nak gila-gila scholar petronas. Dan ada jugak orang cakap kat gua "ceni la nanti result ko masa SPM, fail!" Jiwa gua terbakar woo!
Jadi selepas mendapat 9A SPM gua secara mayanya melempar perkataan "ambik kau!!!" kepada individu terbabit. Tapi gua still direject Petronas. Wah yang tu gua tak peduli, sebab gua sekarang di UK. =)

Direject JPA
Wah yang ni pun gua tak peduli, walaupun masa mula-mula gua rasa macam tahi sampai 3 4 bulan. Study Bio lagi style kot. Gua rasa kalau gua pi Kanada study Biotech pun gua mungkin akan merengek tengah jalan. At least gua belajar lagi luas kot sekarang.

Kena reject Imperial
Yang ni gua bengang gak. Tapi salah gua jugak. Dah diva ni mintak AAB A-level, gua yang dapat ABB ni gatal mintak jugak. Memanglah dia reject. Gua cakap "kau tak nak aku cukup, aku bakal dapat Noble kot!" Tapi setelah mendengar kisah suka duka senior gua Hamidi Yusof di situ, gua bersyukur jugak laa gua kena reject. 
Dan gua senanye belum dapat Noble tu. Hahaha.


The point is adik-adik, gua bukan suruh adik-adik asyik nak balas dendam kat orang. Dak dak. Jangan. Gua nak adik-adik sedar yang usaha tu lagi penting dari bermuram durja. Kena bangun kalau nak conpensate apa yang adik-adik tak dapat capai sebelum ni.

Gua tau cerita gua cikai ja banding dengan orang yang gila-gila hebat sekarang. Tapi gua harap adik-adik dapat bukak mata sikit.

Gua cuma nak adik-adik jangan putus asa. Zaman Jepun dulu pun mana ada SPM. Orang boleh ja hidup. 

Saat ni, gua rasa bersyukur sangat. Sebab direject dan gagal mencapai target gua, gua dapat ke sini, of all things. Gua happy gila sini. Study pun gua happy, jangan main kau. Dan gua rasa macam nak pi mintak maaf dan cakap terima kasih kepada orang yang gua bengang tak tentu hala dulu.


Gua tau adik-adik sedih tak perform. Gua tak kisah adik-adik sedih sikit, tapi adik-adik kena bangun lepas ni. Kalau adik-adik still frust sampai berbulan jalan kat depan adik-adik akan blur. Make sure adik-adik cakap dalam hati, "lepas ni jangan jadi macam ni dah". Bangun berjalan balik adik-adik. Jangan terjun terus bangunan atau shopping complex. Adik-adik kena percaya tuhan ada plan yang lagi superb dengan adik-adik. Dan kegagalan ni adalah 'SPM' dari tuhan. Gred akan dibagi on wether adik-adik boleh go on dan still believe in Him atau adik-adik fail terus. 

Gua boleh cakap gini sebab gua dah rasa. Dan sebab gua percaya pada Dia gua ada di sini. 

Adik-adik, apa-apa pun jangan lupa cakap Alhamdulilah. Bayangkan kalau dapat lagi teruk, macam mana?



Kalau adik-adik tak perform dan lepas tu adik-adik mengadu kat Dia, gua respek gila adik-adik. Serius. 



Kalau adik-adik nak mengadu kat gua ke, gua ready nak dengar. Tempek ja kat Wall FB gua ye? 

11 comments:

akuwanblur90 said...

waaa.. sgt2 bermotivasi.. teruskan perjalanan.. jgn berhenti okeyh??

Hfz A. said...

Gua rasa budak budak zaman sekarang ni exam minded sangat.
Cukup susah nak hidup camni.
Tsk tsk tsk

yui92 said...

yeah i agree dgn part god have bettter planning to us

yui92 said...

kak dayah... pinjam ayat bawah skali tu yer...bole?

Muhammad Iqbal said...

Subhanallah, mmg rasa terubat sikit hati yg luka ni, walaupun tak kenai kak, tapi mmg menusuk la artikel ni..syukran..sekarang kak bawah scholar apa?

Gariben-Dai said...

Wanblur-i'allah saya takkan! =) make sure hang jugak menjadi dr berjaya.

Hafiz-aku rasa sebab cikgu jugak, ko igt x masa skolah cgu mcm push kita and selalu ckp kalau xskor spm, habis la... We need to change that weh!

Yui-xkisah, ambik la. Sampaikan pada orang lain pulak. I dont mind.=)

Iqbal-alhamdulilah. Do your best after this ye? Saya under scholar ministry of education. If need advice, drop kat FB ok? SPM tu sekejap je. Bila dah masuk uni lepas 2 3 tahun org dah takkan tanya dah. Benda tu jadi zaman silam saja. Serius. =)

Aaroniero Arruruerie said...

GUA AGREE HABIS LA DENGAN ARTIKEL LU DAI (=W=)b kekeke

tengok slip spm boleh gelak besar. betul, lepas gagal ke. lepas lulus ke, yang penting balik ke Dia. Dia yang bagi semua ni.

ceh.

last last memang kena bersyukur (=w=)b hidup sekarang walaupun tak glemer,tapi at least bahagia. boleh tengok naruto shippuden siap nangis nangis dan gelak gelak sorang sorang. ye idak? :D

Gariben-Dai said...

haha yes. =)

miera said...

suka!

nogihilt said...

I think that is right bout that. Nice info and thanks. Need to get in google feed.

generic nolvadex

zesovela said...

Thank you for sharing the info. I found the details very helpful.

paxil