Tuesday, March 8

Nanti Apa Orang Cakap?

Di atas ialah benda yang selalu orang dewasa cakap dengan budak- budak.


Jadi in the end budak-budak yang membesar di Malaysia semua over-conscious dengan apa orang nak cakap. Pendapat orang lain lagi penting.


Semua nak ikut apa orang akan cakap.

Kalau pakai baju lain sikit takut apa orang cakap. 
Kalau tak masak benda ni masa kenduri kawin apa orang cakap. 
Kalau cakap nak kritik sikit apa orang cakap. 

Kiranya kalau ada orang bercakap pasal kita memang punah la harapan. Hancur dunia.


So budak-budak yang membesar dengan gaya hidup macam ni menjadi 2 golongan : yang bercakap-cakap dan yang kisah apa orang cakap. Semua tak nak stand out sebab takut apa orang cakap.


Contoh situasi
Bila pergi sekolah, cikgu Bio tanya dalam kelas, kejadahnya protoplasm. Ini yang akan berlaku.
Spesis yang kisah apa orang cakap : tak berani nak jawab walau tahu jawapan. Sebab takut apa orang lain cakap.
Spesis yang suka bercakap-cakap : sapa yang jawab, dia pulun. Skema. Nak tunjuk terer.

Tak rasa bangangkah situasi di atas adik-adik?

Sebab spesis yang suka bercakap-cakap macam ni, aku sendiri pernah kena pulau sepanjang 3 tahun aku duduk asrama. Serius. Dan in the end sebab I have no one to talk to, aku create kawan sendiri dalam kepala hotak. 3 tahun aku cakap sorang-sorang. Nasib baik masa tu ada jugak yang still rasional dan boleh terima aku yang pelik ni. Kalau tak dah mental dah kot. Dan nasib baik aku dapat offer sekolah lain. Jadi lepas 3 tahun aku blah.

Sebab aku pun produk masalah sosial di atas, aku pun jadi marah. Sebab masa kecik orang suka pesan jangan bagi orang bercakap-cakap. Jadi bila aku datang UK orang semua cakap je tanpa kisah pun apa orang nak cakap. Dan tak ada orang pun nak bercakap-cakap. 
Aku yang tersekat dengan ideologi bangang ni masih terkemut-kemut nak bangun. Lembab betul nak belajar. Sebab benda yang dah ditanam dari kecik. Dan mungkin salah aku jugak sebab tak keluar awal-awal dari kekangan ideologi kemunduran tersebut.

Nak jawab soalan dalam lecture pun takut.
Nak bercakap masa group discussion pun pikir 2 3 kali. Konon takut dicakap bodoh punya pendapat dan English macam dengan hapa lagi.


Dan aku tengah usaha tarik diri sendiri keluar dari mentaliti tu.

Why blend in when you can stand out?


I'm glad that aku ada inisiatif nak keluar dari semua tu. 

Tapi bagi yang masih takut nak keluar sebab takut apa orang cakap, suka hati kau, tapi tolong jangan ajar ketakutan tu pada anak kau boleh? It stinks.

2 comments: