Friday, March 25

Mandi

Cuaca mula menjadi sedikit panas 13 celcius dan budak-budak Malaysia yang sudah ditransformasi menjadi mat saleh oleh sistem adaptasi badan by adaptive radiation sudah mula memakai baju selapis dan keluar menikmati bunga.


Namun tahukah anda, apabila badan sudah gatal-gatal dan baju mula berbau walaupun baru sehari pakai, maksudnya anda perlu menambahkan kekerapan mandi?


Ya, kepada makhluk yang sebelum ini hanya mandi 4 hari sekali kerana fobia air peti ais, sila mandi setiap hari mulai sekarang!


Mandi yang baik ialah dimulakan dari kaki. Lepas tu naik step-by-step sehingga kepala. Dengan itu haba dari seluruh badan akan dapat keluar dengan berjayanya dari kepala kau. Cikgu BM saya yang ajar. =)





Ya mandi mandi! Ini bukan lagi musim sejuk. Dan mekanisma peluh ketiak kau sudah mula menjana peluh yang banyak walaupun 13 celcius tu hanya tahap air-cond rumah kau dulu. Deodoran dan perfume tidak lagi akan dapat menolong pada hari ketiga.

No comments: