Tuesday, March 1

Iklan – Hikmah Bernikah (View dari saya yang terganggu)

Bagus – bagi orang yang dah ada calon, yang dah boleh mampu (perempuan dah boleh masak tak malas-malas dan lelaki dah bersedia nak timang anak)

Tak bagus – orang yang tengah fokus nak belajar buat masa sekarang. Nak strengthen diri sendiri.



Banyak sangat ‘iklan’nya sebenarnya. Terutama dari sahabat handai dan yang sebaya (ya, yang umur awal 20an ni!)

Bagus bagus. Mengajar kawan-kawan kita cara menjadi suami soleh dan isteri solehah. Mengiklankan betapa bestnya kahwin dan hidup bersama tanpa larangan.




Tapi kalau over jadi distraction. Iyala.

Saya tidak menentang ideologi itu. Tetapi bayangkan kau selaku student. Sebenarnya tak ada apa pasal kawin pun yang going on dalam kepala otak. Tapi sebab orang lain sekeliling asyik cakap pasal teringin nak kahwin jenuhlah. Dari situ datang idea. Dari tengah ok single buat masa sekarang, terus teringin nak cari jodoh.

Tambah yang jauuuuhh sangat dari rumah. Tibe cakap kat mak nak kahwin. Sebab tak boleh balik, suruh mak tengok kita kahwin ikut skype di perantauan. Kamon...




Bukan tak bagus. Bagus kahwin awal elak maksiat belajar menjadi dewasa melahirkan zuriat sihat tanpa kecacatan genome membina rumah tangga bahagia blablabla - itu yang banyak orang rasa dalam kepala otak kan? Tapi kalau sekeliling tak ada pon urge nak buat maksiat, alasan perlu sangat berkahwin ketika itu? Dan kalau nak delay just 2 3 tahun, sebenarnya apalah sangat?

Mungkin ada yang tak setuju. Fine. Itu masing-masing.


Ada orang pernah bagitahu saya, salah satu kelemahan Muslim ialah sebab muslimah terlalu sibuk memikirkan baitul muslim.

Saya setuju. Sebab saya rasa muslimah bukan hanya berperanan dalam baitul muslim. Peranan muslimah dalam baitul muslim memang penting sangat. Tapi itu bukan satu-satunya benda yang kita perlu buat, kan?



Kalau saya, iyalah. Memanglah best. Tapi kalau consider, diri sendiri pun malas, masak pun macam kais pagi makan pagi, ada lebih kais simpan peti ais esok letak microwave sambung makan. Macam mana nak bela anak mak mertua? Masak pakai campak ja semua benda masuk periuk lepas tu kacau. Makan. Sedap tak sedap belakang kira. Asyik melayan laptop. Lepas tu tengok Naruto. Gelak kuat-kuat sorang-sorang. Tengok video Korea summore, tukar jadi fan girl mode. Tak naya kalau kawin? ‘Kesian la laki aku nak makan megi tetiap hari. Baju pun campak dobi 2 kali seminggu. Sepatut layan laki, ni pi layan Naruto. Dia tak rasa inferior tengok aku moe moe kat Kyuhyun?’ Kesimpulan – memang sangat tak ready lagi. -_-

Mak pun dah pesan, balik habis belajar la baru kawin. Okay.

Mungkin aku macam ni sebab aku takde calon pon. Fine fine. Anda lebih otai dalam nikah kahwin ni.



Tapi kalau ikut saya lagi, lepas habis 3 tahun degree balik. Masuk IPG. Masa tu OK la kot nak kawin. Takpela, tak dapat tour Europe dengan suami. Jalan dalam Malaysia tak romantik ke? Pfffttt. Buat masa sekarang nak duduk di uni sambil experience jadi budak uni yang single dan free nak cuci mata dengan tengok orang lain. Not bad kan? At least for a few years nak rasa tak payah nak gilir-gilir balik kampung masa raya. Nak bagi service untuk mak ayah jugak, ye tak?



Memang diakui kita yang berumur awal 20an ini dah perlu mengetahui selok belok nak kahwin ni. Tapi tidakkah sweet kalau lepas kawin kau dengan suami kau belajar together benda tu? (ok aku akui aku sedikit yuck di situ). Saya rasa saya tak perlulah kot nak baca kisah sweet orang dah kahwin atau tengok gambar orang honeymoon etc. Just harap cerita sendiri boleh jadi both our sweet moment together. (Ok rasa yuck yuck lagi).



Kepada yang dah kahwin, chulmal chukahei. Omedetto. Tahniah. Selamat pengantin baru.

Kepada yang tengah ada calon, tunggu lagi... Sambar jela. Kang orang lain ambik. Jadi drama melayu. Hahaha.

Kepada yang tak ada calon, kita chill dulu ok? Dah jumpa nanti kita masak nasik minyak berjemaah.


No need to be frantic and rushing maa. Umur baru 20 tahun kan? Baki lepas ni nak berumah tangga banyak-banyak puluh tahun lagi~~~~~




Nota kaki = mama, plis carikan. Malas la hahahaha. =P

4 comments:

yui92 said...

kak dayah dulu minat mamat debater mna tah? huahua




u got ur stand.. be firm with it... get married dub 4get invite me =p=p

.::annemishi::. said...

Terbaik ini post. Like! Like! *ulang smpai berpuluh2 kali.
Bgi aku lah kot.. Bab kawin nih. Awal2 20 nih mmg panas skit. Lama2 jadi tawar tau. Once bila org tya, "awak mahu tak klau dgan ini(merujuk someone)".
Dia akan jadi seram sejuk yg ttba. Haha. Bnda berat kot mna bleh main2. Huuu..

.::annemishi::. said...

Lupa lak. Nasi mnyak berjemaah. Jimat. Berkat. I loike!

Dai said...

Solihin - haha korang ni ingaaat je citer zaman dulu2 tu. Hahaha.

Anneh - betul. Serius seram bila tibe org rekemen. Soal nak hidup lagi berapa puluh tahun kot! Dengan parents pun tak selama tu. =)

Nasi minyak berjemaah tu lagi best dari katering, pada pendapat aku.