Monday, March 28

AMSTERDAM

Okeh, Amsterdam masa musim sejuk = hambar.


Kalau nak pergi Amsterdam sila pergi musim bunga ye, boleh tengok tulip. Saya sekali lagi akan ke Amsterdam musim bunga ini, insyaallah. Nama tempatnya, Kaukenhoff (kalau tak silap eja).

Masi kami pergi, hujan dan suram. Tapi apabila belayar merentasi terusan-terusan pemandangan masih *omaigad superb lawa gila huhuhuhu saya hepi*.




Kalau berjalan-jalan di tengah bandar (ya, jalan saja, kereta jarang ada) sila berhati-hati dengan kenderaan bermotor, tren dan basikal. Kalau terlalai akan dilanggar salah satu.




Di Amsterdam, rumahnya sempit-sempit dan tangganya kalau silap haribulan boleh jatuh dengan sakit. Jadi mereka memindahkan perabot dengan cara mengeluarkan perabot dari tingkap dan mengikat pada tali. Ya, piano pun.




Pasar bunga. Masa ni bunga semuanya tak ada, musim luruh.



Mod pengangkutan utama - basikal.


Saya juga tidak bertemu dengan mana-mana kincir angin, sebab itu perlu ke pedalaman sedikit baru ada. Keju pun tak jumpa. Terompah jugak. Dan lembu. Sobsob.


Makanan halal, banyak, vegetarian. Makanan Malaysia, tak ada. Makanan Indonesia, siapkan duit anda.


Dan saya juga terlepas pergi ke museum Van Gogh. Uhuu sob~~~

3 comments:

.::annemishi::. said...

oh man..

nak kahwin honeymoon kat sini?

:D

*berangan. uhuk.

suffiakmal said...

mencikkkk. jeles u knowwwwwwww

Gariben-Dai said...

Anneh-sini xsyok anneh. Cadangan paris atau italy. =)

Siffi-uh jangaaannnn..... =p xpa ada rezki boleh mai.