Thursday, February 3

Revolusi Malaysia

Sebenarnya petang ini ada test karyotyping. Tetapi setelah mengantuk berlatih sebab kena memadankan segala benda alah G band, saiz dan posisi centromere bagai maka saya pun menulis blog.


Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di Mesir agak huru-hara. Hatta banyak juga kawan-kawan kita yang semangat menulis di status Facebook bertanya orang Mesir OK atau tidak. Walaupun sudah tersedia maklum internet telah dipotong di sana.

Jangan cakap saya tak sensitif bhai. Saya peduli cara saya sendiri. Yang pasti bukan melalui Facebooklah. Sebab I don't see the significance of making it big in that.

Dan yang penting ada jugak yang mahu membangkitkan revolusi di Malaysia pula. Biasalah. Sekarang tengah panas. Pengaruh pun besar. Nanti dah suam, semua diam. Wallaweh.

Kalau kau betul-betul nak ambil tahu, baik kau ambil tahu semua benda. Dan kalau tak tahu cakap tak tahu. Taklah nanti kalau bercakap dikata bangang.


Dan kalau mahu buat sesuatu sila buat dengan betul, ikut apa yang mulut kau kata. Hasil itu urusan tuhan. Kalau diizinkan insyaallah akan berjaya. Kalau tidak sekurangnya ada usaha. Usaha yang sungguh-sungguh. Bukan hangat tahi ajo.


Contoh, kalau nak tentang pemimpin yang kata nak kekalkan harga minyak dan tiba-tiba dia naikkan 5 sen seliter, kalau kau baling-baling batu kerikil depan pejabat dia takat 2 3 hari saja tak jadi bhai. Atau yang cakap nak jadi PM Malaysia tapi jadi wakil rakyat kawasan ciput kecik pun tak larat.


Lepas ni mampuslah saya kena ugut kena bayar balik 'duit kerajaan' yang saya guna ni.
Patutlah Piem tak mahu hantar emel ucapan Selamat Tahun Baru Cina kat aku. Hahaha - monolog dalaman




Faham?



Ikhlas dari saya yang benci orang gila kuasa.

2 comments: