Monday, February 14

PWNED - iPhone 4 Edition



Hai. Saya pengguna iPhone 4.




Semasa saya beli ifon saya tak tahu kejadah apa sebenarnya ifon ini. Yang saya tahu ianya adalah sebuah henfon.

Walaupun saya pernah 'repair' ifon buatan cina yang rosak milik kawan saya, Herda Farhana.


Jadi mula-mula saya dapat ifon saya, setiap kali saya guna, saya tekan skrin dia kuat-kuat.

Bila skype chat dengan kawan, dia marah saya pergi UK dan terus lupa nak eja bahasa melayu macam mana. Sebab bila saya taip di terus automatik tukar ejaan saya. Hasilnya "EEG ok dam kale auk guano yang in?"

Lepas tu marah-marah ifon tak detect jari sebab pakai sarung tangan. Baba nak bukak kat luar dah la beku.

Yang paling tak boleh blah bila pertama kali main dengan Talking Tom.

Ahh.. Masa jakun dulu-dulu.


Seminggu lepas tu tersedar sesuatu. Speaker sebelah tak bunyi. Pulak. Dapat barang rosak.

Kalut cari orang yang pakai ifon semua tanya. Semua kata fiorang punya ok ajo. Postgrad undergrad warga Arab Saudi warga Malaysia warga British pakcik London semua saya serang. Semua cakap ifon saya rosak.

Jadi saya pergi kedai balik. Mintak tukar. Dia cakap habis stok.

Jumaat itu saya datang lagi. Dia cakap still takde stok.

Selepas itu Ahad saya datang lagi. Masih tak ada. Rasa hampa.

Kali keempat tekad. Kalau tak ada jugak bakar kedai tu. Duit bas dah habis 9 pound.

Orang kedai pun cakap rosak. Jadi dia bagi tukar. Dapat iPhone 4 kedua.


Balik bilik setup ifon. Test speaker.

Tak bunyi jugak sebelah.


Tahan perasaan nak menangis. Tengok internet.


"original iPhone product only have one speaker. The other one is the microphone."


PWNED. -_-


Selepas itu saya suruh balik orang yang saya serang check balik ifon mereka.


"eh yela ifon aku pun macam tu. Sori weh bhai."


Double pwned. Facepalm. -_-

6 comments:

طالب الحب said...

haha .. klaka .. asal tetiba teringat weyh ? =p

terbaca kemerepekan ko kat tepi tuh ..
siyes diorg lepak bilik jek ?
huhu, rasenya mcm kita kt ky dulu lg hebat jek menyambut Valentine's day drpd diorg nh .. haha ..
(eh, xtaw la pulak ape jadi kt dunia luar .. aku hibernasi jek hari ni .. xp )

Dai said...

Haha tah. Tibe.

Lepak bilik je dow. Ada gak sorg tu pkwe dia dtg. Tp dorg lepak dalam bilik tgk tv jela. Haha pefom.

Hfz A. said...

kah kah kah!

apa ada hal.
ye dak?

rosmanrazif said...

beli kat sana ka i phone...
tak mahal ek??

Dai said...

Mochi - haha btul.

Rosman-miskin, bli pkai hutang. Bayar ansur2. Hahaha

.::annemishi::. said...

semua pakai ifon...
ish.. nak pakai gak aar..