Thursday, February 3

P.R.A,H.A

Bagi yang minta ditulis tentang pengalaman mengembara, nah ambek ni! Ekslusif empat post pasal perjalanan panjang. Yang menggunakan duit kerajaan huahuahua~~~



PRAGUE

atau Praha. Di Czech. Dulu dipanggil Czechlovakia (entah betul entah eja) sebab gabungan antara Czech Republic dan Slovakia. Sekarang sudah bercerai mereka. Jadi adik-adikku, jika dalam borang keselamatan 2 abad itu ditanya adakah pernah ahli keluarga anda melawat bekas negara komunis, sila tanda ya.




Bagi yang cuak bertanya ada makanankah di situ, yesh, ada, halal haram semua ada. Di sini penulis sempat merasa hidangan kuskus, makanan istimewa Morocco. Sedap sangat sehingga saat ini penulis masih manahan air liur mengingatkan kesedapan beliau.

Berjalan-jalan di Prague pada musim sejuk memanglah membekukan kepala otak dan kaki jika berstokin nipis. Negatif belas-belas, cakap pun berasap-asap. Bak kata sahabat Mando, keluar sejam dah givap.


Penulis juga ingin bergolek-golek di atas salji, namun setelah beberapa tompok kesan kuning yang dipercayai kencing anjing ditemui, maka hasrat itu terpaksa dihentikan.


Castle merangkap church yang menawan. Sayang engkau cas 500 lebih untuk masuk. Pfftt~

Selain itu, Old Town, Prague University, Milunić and Gehry's Dancing House dan Charles Bridge juga tidak ketinggalan.


Jadi kalau sesiapa yang mahu membuat rusuhan akan saya sekeh jika mampu. Di sini masih dirasakan aura komunis itu sendiri. Berlainan amat dari negara Eropah lain. Sampai pelancong jika membuat sedikit kesalahan palsu pun tidak akan diberikan keampunan.

Wajah bengkek penulis setelah disaman 700 koruna @ 30 euro oleh pihak berkuasa kerana tidak mengecop tiket yang dibeli di kaunter.


Walaupun penulis disaman 30 euro, namun Prague tetap dirasakan lawa. Ini tidak termasuk rupa pegawai yang menyaman dan muka penulis ketika disaman. Huduh sangat dua-dua. Boleh menganga jugaklah kali pertama keluar malam sesampai di situ. Penulis agak suka berada di sini, tolak saman-saman dan perangai orang yang di kaunter tiket.

Kalau anda ingin mengunjungi Prague sila jangan lupa punch tiket selepas beli ya!

No comments: